Alhamdulillah Allah masih memberikan daku yang lemah ini untuk menulis dicelah-celah kesibukan seorang pelajar perakaunan. Pada post pada kali ini adalah khas untuk kuluahkan perasaan cintaku kepada keluargaku jauh di kampung halaman, Shah Alam.
Wahai walid dan umi, perlu kau ketahui bahawa aku amat bersyukur dilahirkan daripada darah daging kalian. Dan yang paling penting aku amat bersyukur kerana walid dan umi telah mendidikku berpaksikan syariat islam dan menuruti didikan Rasulullah mendidik anak-anaknya. Kesyukuran yang tidak terhingga apabila aku dilahirkan daripada mereka (walid & umi) yang bersatu tidak lain hanya untuk mencari redha Allah, tiada erti cinta sebelum melangkah kegerbang perkahwinan. Dan yang paling penting perlu kau ketahui disini, aku amat bahagia di saat ini kerana selama ini kau membesarkan aku dengan fikrah islamiyyah (kefahaman islam) dan menjadikan islam bukan hanya sebagai agama, tetapi sebagai cara hidup yang menyeluruh didalam keluarga kita. Sugguh, ia amat memberi kesan tentang caraku berfikir dan cara hidupku saat ini. Perlu diketahui disini, umiku adalah seorang graduan didalam bidang business admin dan walidku pula dalam bidang perakaunan tulen, begitulah istimewanya bagi mereka yang telah melalui proses didikan (tarbiyah) islamiyyah. Berbahagialah kalian didunia hingga akhirat.
Wahai adik-adikku yang abang cintai sepenuh hati. Kita amat beruntung kerana kita tidak perlu mencari fikrah (kefahaman) islam, tetapi telah diberikan secara tersusun dan bertahap oleh walid dan umi. Oleh itu, semestinya kita lebih baik daripada orang yang lain. Amat rugilah bagi sesiapa diantara kita yang berbangga dengan perkara ini, iaitu berbangga kerana dilahirkan dan dibesarkan didalam keluarga yang mempunyai kefahaman islam yang sebenar. tetapi yang lebih penting adalah untuk mempratikkannya dalam kehidupan seharian sehingga ia menjadi malaqah (darah daging) kita. Bagi mereka yang sedang melalui usia remaja, peliharalah usia tersebut daripada maksiat. Pada usia inilah kita akan diuji terutamanya dengan kehadiran wanita dan berkeinginan keatasnya (begitu juga dengan golongan wanita). Itu adalah fitrah, tetapi janganlah menukarkannya menjadi fitnah dek tergoda oleh hawa nafsumu. Usia ini adalah usia yang amat kritikal bagi seseorang, ia merupakan suatu zaman peralihan bagi setiap dari kita. Kerana abang telah dan sedang melaluinya saat ini, sungguh! Ia amat mencabar. Oleh itu, beruntunglah siapa yang dapat memelihara usia mudanya, kerana itulah antara soalan yang akan ditanya oleh Allah kelak.
Ditambah pula pada zaman ini, dimana arus jahiliyyah amat pekat dan deras serta ia sedang memerah iman kita menyebabkan ia (iman) sukar untuk bernafas. Jika tiada benteng yang kuat, hanyutlah kita didalamnya (jahiliyyah).hanya orang-orang yang luar biasa sahaja mampu tetap teguh diatas jalan ini. Pada hari ini, maksiat amat mudah dilakukan dengan kemunculan teknologi cyber dan ini akan merencatkan proses didikan (tarbiyah) yang sedang diberikan oleh umi dan walid. Oleh itu, sama-samalah kita saling lengkap-melngkapi.
Perlu diketahui disini bahawa walid dan umi bersatu dengan lafaz “aku terima nikahnya Sharifah Muznah Albar dengan mas kahwin….” bukanlah hanya untuk melahirkan zuriat sekadar mewarisi nasab keturunan. Tetapi yang lebih penting adalah melahirkan anak-anak yang mewarisi fikrah islam (kefahaman islam) yang telah hilang pada umat islam hari ini. Itulah sebab utama mereka bersatu. Mereka bersatu adalah untuk melahirkan insan yang dapat mengambalikan islam didalam kehidupannya dan masyarakat sekeliling. Oleh itu, ini mestilah menjadi visi dan misi kita jika ingin berkahwin (walimah) di suatu masa nanti.
Moga Allah menetapkan hati kita di atas jalan ini, sebenarnya article ini tidak terhad kepada keluarga saya sahaja, ia hanya sekadar kiasan. Oleh itu, marilah sama-sama kita membuat yang terbaik dalam setiap perkara didalam kehidupan. Dalam konteks pelajar buatlah yang terbaik dengan pelajaranmu. Kerana islam memerlukan orang-orang yang cemerlang didalam segenap aspek kehidupan.
Deenworker.
KTD, Pengkalan Chepa.
Kelantan.