Tuesday, December 28, 2010

CINTA ITU...


Alhamdulillah tidak tehingga hanya layak di panjatkan kepada-NYA, final exam baru sahaja melabuhkn tirainya, kini aku sedang menikmati suatu pakej percutian yang tidak ternilai dan terhad di pasaran apabila di beri peluang untuk berkhidmat di Kem Jatidiri Dan Kesukarelawan Remaja anjuran Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) dengan kerjasama JAKIM. Itulah kerehatan buatku, walaupun tidak boleh secara sepenuh masa. Alhamdulillah aku dipilih oleh-Nya.

Pada entry ini saya ingin mengajak rakan-rakan sekalian bersembang santai dengan satu tajuk yang bagiku suatu komponen yang amat penting didalam kehidupan ini. Ditambah lagi pada alam remaja seperti saya. Tajuk yang saya pilih ialah CINTA..persaan CINTA..ya! CINTA.

Bagi saya, CINTA adalah satu perasaan yang suci, murni dan telus. CINTA merupakan suatu perasaan yang amat tinggi nilainya. Perasaan suci ini adalah suatu anugerah oleh Allah yang tidak terhingga kepada hambanya. Dengan kehadiran CINTA yang telah meresap kedalam hati seseorang, menyebabkan dia tiba-tiba berdebar-debar, gugup dan bermacan-macam lagi perasaan apabila berhadapan dengan objek @ subjek yang menyebabkannya jatuh CINTA. Dengan hadirnya CINTA juga, seseorang ini boleh merantau merentasi lautan beribu-ribu batu, bahagia membuat sesutau perkara dek kerana objek @ subjek yang menyebabkn ia jatuh CINTA, tidak kira sesukar manapun pasti di tempuh, walaupun terpaksa nyawa tergadai. Huh! Alangkah hebatnya penangan CINTA.

Bagi manusia yang sejahtera imannya, perasaan CINTA akan berbunga kepada tuhannya. Perasaan ini lebih tinggi dari yang lain. Apabila perasaan CINTA kepada Allah ini membuak-buak, tidak kira apapun perintahnya pasti dia patuhi, setiap perintah terasa manis dan ringan dilakukan, itulah yang akan terjadi apabila perasaan ANGAU kepada-NYA telah menyelubungi diri seseorang itu. Takut kepada Allah menjadi pembuktian CINTA hamba kepada tuhannya. Iman juga akan mendorong seseorang itu menCINTAi Rasulullah dengan sebenar-benar erti CINTA. Ini bermakna, bukan hanya sekadar menCINTAi tubuh badan baginda, tetapi termasuk juga perkataan baginda, perbuatan baginda dan lain-lain. Orang-orang yang bertuah ini akan berusaha bersungguh menghidupkan kembali perbuatan rasullullah didalam kehidupan mereka dek kerana penangan CINTA dengan niat kerana-NYA. Manusia juga CINTA kepada ibu bapa, adik-beradik, anak, ilmu, harta dan CINTA kepada wanita.

Perasaan CINTA yang sempurna tidak akan mungkin berdiri dengan sendirinya. Tetapi perasaan ini harus digandingkan dengan TAQWA, TAQWA kepada Allah. Maka akan tercapailah kemuncak kesempurnaan CINTA. Seorang sahabat Rasulullah menjelaskan taqwa adalah seperti, “seorang yang berjalan pada jalan yang dipenuhi tumbuhan berduri dan dia berusaha mengelak duri (dosa) tersebut dengan berhati-hati”. Taqwa adalah pelengkap kepada kesucian dan ketinggian CINTA. Tanpa kehadiran taqwa sebagai tiang seri kepada CINTA, perasaan CINTA yang suci itu telah ternoda kesuciannya dek hawa nafsu dan disalahkan gunakan untuk bermaksiat kepada Allah.

CINTA adalah fitrah. Jangan menukarkannya menjad fitnah. Kaum lelaki pasti akan menCINTAi wanita dan begitu juga sebaliknya. Jangan dihalang perasaan ini, kerana ini adalah anugerah oleh-NYA kepada kita untuk dinikmati. Tetapi ingat! Perasaan ini perlu diarahkan kepada saluran yang betul. Dengan kata lain, perasaan ini perlu diringi oleh taqwa sebagai gandingan CINTA. Wahai kaum remaja (termasuklah aku) jangan kau mencalarkan maruah CINTA yang suci dengan melakukan maksiat seperti bercouple dan sebagainya. Jika kau melakukannya, kau telah menjatuhkan martabat CINTA, CINTA yang suci telah kau nodai dengan perbuatan maksiatmu. Kau telah salah gunakan perasaan agung yang dianugerahkan oleh Allah, sungguh! Kau berada didalam kerugian yang nyata. Jangan kau sekali-kali bermaian dengan api CINTA yang tiada TAQWA disampingnya, bimbang ia akan menyambar imanmu. Maka hanguslah imanmu, oleh itu adakah tempat iman yang hangus itu syurga?mari muhasabah! Perkahwinan adalah bukti CINTA hakiki, bukti CINTA wujud didunia. Bagi, orang yang sejahtera imannya, perkahwinan adalah bukti ketinggian CINTA hakiki, juga bukti cinta telah disalurkan dengan saluran yang betul, dan bukti TAQWA itu berjalan seiring dengan cintanya.

CINTA memerlukan pengorbanan yang besar dan sukar. Tetapi, apabila seseorang itu telah jatuh CINTA, pengorbanan ini terlalu mudah baginya. Jika seseorang telah jatuh CINTA kepada ilmu, ribuan batu sanggup dijelajahi demi menggapai CINTAnya. Jika ia CINTA kepada isterinya, pasti ia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak bidadarinya dengan meletakkan syara’ dihadapan. Jika sesorang itu ingin berkahwin demi memenuhi CINTAnya, perlu kepada pengorbanan. Begitulah juga CINTA kepada Allah, ia memerlukan pengorbanan yang amat besar. CINTA merupakan sumber kekuatan manusia. Ia akan menghadapi segala kepayahan dengan mudah apabila hadirnya CINTA.

Oleh itu, janganlah kita menyalah tafsirkan perasaan cinta yang hadir. Sama-samalah kita memelihara ketinggian dan kesucian cinta. Jangan kita pisahkan pasangan CINTA daripadanya, yakni TAQWA, sunguh kita akan menjadi orang yang paling bahagia dan bertuah.

DEENWORKER,

SHAH ALAM.

SELANGOR.