Wednesday, December 14, 2011

erk! terbuka!..ish!


Alhamdulillah, inilah kata-kata tepat diuangkapkan oleh penulis ketika ini. Sudah tersangat lama rasanya blog penulis bersawang. Memang tersangat lama. So, proses pembersihan sawang bermula!

Sejak kebelakangan ini, suasana di alam maya khususnya facebook kerap kali menggempar – gempurkan tentang aurat. Menempalak orang itu dan ini, artis itu dan ini, dan sesiapa sahaja yang difikirkan perlu. Bagi penulis, ia adalah satu fenomena kebangkitan tentang kesedaran yang amat baik tentang aurat dan ini menunjukkan bahawa masyarakat hari ini khususnya di Malaysia menekankan tentang salah satu cabang dari cabang - cabang islam, iaitu penekanan tentang aurat. Sepertinya cabang ini sangat dipandang ringan suatu ketika dahulu, alhamdulillah.

Tetapi bukan itu masej yang ingin disampaikan penulis. Sepertinya adalah tidak wajar jika kita memperbetulkan sesuatu dalam masa yang sama memusnahkan sesuatu yang lain. Sebagai contoh, dengan tindakan tersebut,secara tidak langsung telah menjatuhkan air muka sesetengah pihak. Sedangkan pihak tersebut tidak merasakan ia adalah suatu tindakan yang salah disebabkan keJAHILannya. Boleh jadi talian persaudaraan juga terputus disebabkan tindakan kita yang kurang bijak. Tidakkah memelihara maruah dan tali persaudaraan itu sesuatu yang dititik beratkan dalam islam?

Implikasinya sangat buruk wahai saudaraku, dengan tindakan kita yang di sangka ‘MULIA’ itu sebenarnya telah menyebabkan individu – individu yang ditempelak dan golongan yang berkaitan dengannya akan membenci kita. Ini adalah disebabkan kejahilan mereka. Maka, mustahil seseorang itu akan menerima teguran oleh orang yang dibenci. Sebenarnya kita tidak menyelesaikan masalah, malah menambah musibah di mana hatinya akan tertutup terus untuk mendalami ISLAM disebabkan tindakan ‘bijak’ kita.

Apa yang sangat – sangat penting dilakukan adalah, menyelesaiakn masalah AKAR, bukan CABANG. Jika hanya teguran yang ‘pedas’ di buat sekitar aurat dan lain – lain sahaja, itu hanya penyelesaian masalah CABANG yang tidak membawa apa-apa kesan kepada POKOK jahiliyah tersebut. Antara Perkara AKAR yang perlu ditekankan adalah penekanan tentang prinsip kehidupan dan hakikat kejadian manusia. Apabila kedua-dua perkara ini selesai, pasti masalah – masalah cabang @ ranting yang lain dengan tersendirinya selesai. Perlu ditekankan bahawa penulis TIDAK meremehkan masalah aurat (sememangnya aurat itu HARAM didedahkan), tetapi ada PERKARA yang lebih besar dan URGENT untuk dilakukan terlebih dahulu iaitu masalah yang cukup ASAS.

Oleh itu antara tindakan kita ke arah penyelesaian masalah AKAR tersebut:-

Memahami hakikat jahiliyah

pendedahan aurat, buang bayi, zina dan gejala yang lain adalah kesan (natijah) daripada sistem jahiliyyah yang mencengkam sistem hidup manusia pada hari ini. Semua perkara yang dilakukan oleh manusia yang tidak berada didalam lingkungan syarak adalah jahiliyah. Malah apa yang menggerunkan sistem jahiliyah pada hari ini adalah sistem yang tersusun dan terancang rapi.

Malah, ada pihak – pihak memperjuangkan hal – hal yang CABANG itu tetap tunduk dengan sistem jahiliyah yang mencengkamnya. Apabila seseorang itu tidak mengambil islam sebagai sistem hidup yang menyeluruh didalam semua aspek kehidupan (hanya mengambil sebahagian sahaja), maka dia telah mengambil dan meredhai sistem jahiliyah. Seorang guru penulis pernah berkata, ‘manusia hari ini yang dicengkam oleh sistem jahiliyyah umpama mendiami didalam tempat pembuangan sampah yang sangat busuk dan mejijikkan, tetapi mereka tidak sedar malah seronak dan bahagia. Ini kerana, sejak lahir lagi mereka sudah berada didalam tempat sampah! Mereka tidak pernah merasai kenikmatan menyedut udara islam yang hakiki.’

Menyelesaikan masalah asasyang sangat penting!

Perlu ditekanakn bahawa penulis tidak sama sekali meremehkan maslaah aurat kerana ia suatu tuntutan yang WAJIB dipatuhi, siksaan yang amat dasyat menunggu di akhirat bagi sesapa yang mengingkarinya. Tetapi ada suatu perkara yang sangat penting perlu ditekankan terlebih dahulu, iaitu berkaitan dengan prinsip PRINSIP. Bagi penulis, mereka – mereka yang mendedahkan aurat ini masih belum jelas tentang hakikat kehidupan. Masih samar – samar tentang tiga persoalan utama kehidupan yang sewajarnya difahami iaitu dri mana manusia didatangakan, untuk apa manusia didatangkan, dan kemana manusia akan kembali.

Oleh itu peranan kita bukan hanya memberikan teguran- teguran PEDAS yang mengguris perasaan mereka disebabkan kejahilan mereka. KEUTAMAAN kita adalah untuk menjelaskan tentang perkara – perkara ASAS. Apabila selesai perkara asas tersebut, maka dengan sendirinya kemungkran lain akan turut hilang denga izin Allah

PENUTUP

Penulis ingin menekankan kembali, gejala pergaulan bebas, buang anak, dan lain – lain bukan perkara yang boleh dipandang ringan, akan tetapi ada perkara yang lebih utama perlu diselesaikan terlebih dahulu. Penulis tidak menfokuskan kepada aurat sahaja, ia adalah sebagai contoh dan simbol kepada gejala – gejala lain yang manusia dunia hari ini sedang berhadapan. Ayuh! Bertindak dengan bijak didalam menyampaikan kebenaran, pasti Allah bersama.

Deenworker,

Pengkalan Chepa, Kota Bharu,

Kelantan Darulnaim.