Thursday, December 20, 2012

T.T

Sengaja jalan sendirian di city center petang tadi.
sambil muhasabah keaiban diri dan dosa2 yang menggunung tinggi.
Di tengah - tengah masyarakat yang telah rosak.
menyentakkan hatiku bahawa iman itu tidak ternilai.
Hidayah itu perlu di cari, bukan sekadar menanti.

Jalan ini masih panjang,
merasai besarnya tanggungjawab untk ummah.
Oh Allah, please guide me and don't make me go astray.
May Allah ease my path.

#blog ni dah superb lama bersawang kot! pelahan2 nk start balik. ^^
Dublin 4,
Dublin, Ireland.

Wednesday, December 14, 2011

erk! terbuka!..ish!


Alhamdulillah, inilah kata-kata tepat diuangkapkan oleh penulis ketika ini. Sudah tersangat lama rasanya blog penulis bersawang. Memang tersangat lama. So, proses pembersihan sawang bermula!

Sejak kebelakangan ini, suasana di alam maya khususnya facebook kerap kali menggempar – gempurkan tentang aurat. Menempalak orang itu dan ini, artis itu dan ini, dan sesiapa sahaja yang difikirkan perlu. Bagi penulis, ia adalah satu fenomena kebangkitan tentang kesedaran yang amat baik tentang aurat dan ini menunjukkan bahawa masyarakat hari ini khususnya di Malaysia menekankan tentang salah satu cabang dari cabang - cabang islam, iaitu penekanan tentang aurat. Sepertinya cabang ini sangat dipandang ringan suatu ketika dahulu, alhamdulillah.

Tetapi bukan itu masej yang ingin disampaikan penulis. Sepertinya adalah tidak wajar jika kita memperbetulkan sesuatu dalam masa yang sama memusnahkan sesuatu yang lain. Sebagai contoh, dengan tindakan tersebut,secara tidak langsung telah menjatuhkan air muka sesetengah pihak. Sedangkan pihak tersebut tidak merasakan ia adalah suatu tindakan yang salah disebabkan keJAHILannya. Boleh jadi talian persaudaraan juga terputus disebabkan tindakan kita yang kurang bijak. Tidakkah memelihara maruah dan tali persaudaraan itu sesuatu yang dititik beratkan dalam islam?

Implikasinya sangat buruk wahai saudaraku, dengan tindakan kita yang di sangka ‘MULIA’ itu sebenarnya telah menyebabkan individu – individu yang ditempelak dan golongan yang berkaitan dengannya akan membenci kita. Ini adalah disebabkan kejahilan mereka. Maka, mustahil seseorang itu akan menerima teguran oleh orang yang dibenci. Sebenarnya kita tidak menyelesaikan masalah, malah menambah musibah di mana hatinya akan tertutup terus untuk mendalami ISLAM disebabkan tindakan ‘bijak’ kita.

Apa yang sangat – sangat penting dilakukan adalah, menyelesaiakn masalah AKAR, bukan CABANG. Jika hanya teguran yang ‘pedas’ di buat sekitar aurat dan lain – lain sahaja, itu hanya penyelesaian masalah CABANG yang tidak membawa apa-apa kesan kepada POKOK jahiliyah tersebut. Antara Perkara AKAR yang perlu ditekankan adalah penekanan tentang prinsip kehidupan dan hakikat kejadian manusia. Apabila kedua-dua perkara ini selesai, pasti masalah – masalah cabang @ ranting yang lain dengan tersendirinya selesai. Perlu ditekankan bahawa penulis TIDAK meremehkan masalah aurat (sememangnya aurat itu HARAM didedahkan), tetapi ada PERKARA yang lebih besar dan URGENT untuk dilakukan terlebih dahulu iaitu masalah yang cukup ASAS.

Oleh itu antara tindakan kita ke arah penyelesaian masalah AKAR tersebut:-

Memahami hakikat jahiliyah

pendedahan aurat, buang bayi, zina dan gejala yang lain adalah kesan (natijah) daripada sistem jahiliyyah yang mencengkam sistem hidup manusia pada hari ini. Semua perkara yang dilakukan oleh manusia yang tidak berada didalam lingkungan syarak adalah jahiliyah. Malah apa yang menggerunkan sistem jahiliyah pada hari ini adalah sistem yang tersusun dan terancang rapi.

Malah, ada pihak – pihak memperjuangkan hal – hal yang CABANG itu tetap tunduk dengan sistem jahiliyah yang mencengkamnya. Apabila seseorang itu tidak mengambil islam sebagai sistem hidup yang menyeluruh didalam semua aspek kehidupan (hanya mengambil sebahagian sahaja), maka dia telah mengambil dan meredhai sistem jahiliyah. Seorang guru penulis pernah berkata, ‘manusia hari ini yang dicengkam oleh sistem jahiliyyah umpama mendiami didalam tempat pembuangan sampah yang sangat busuk dan mejijikkan, tetapi mereka tidak sedar malah seronak dan bahagia. Ini kerana, sejak lahir lagi mereka sudah berada didalam tempat sampah! Mereka tidak pernah merasai kenikmatan menyedut udara islam yang hakiki.’

Menyelesaikan masalah asasyang sangat penting!

Perlu ditekanakn bahawa penulis tidak sama sekali meremehkan maslaah aurat kerana ia suatu tuntutan yang WAJIB dipatuhi, siksaan yang amat dasyat menunggu di akhirat bagi sesapa yang mengingkarinya. Tetapi ada suatu perkara yang sangat penting perlu ditekankan terlebih dahulu, iaitu berkaitan dengan prinsip PRINSIP. Bagi penulis, mereka – mereka yang mendedahkan aurat ini masih belum jelas tentang hakikat kehidupan. Masih samar – samar tentang tiga persoalan utama kehidupan yang sewajarnya difahami iaitu dri mana manusia didatangakan, untuk apa manusia didatangkan, dan kemana manusia akan kembali.

Oleh itu peranan kita bukan hanya memberikan teguran- teguran PEDAS yang mengguris perasaan mereka disebabkan kejahilan mereka. KEUTAMAAN kita adalah untuk menjelaskan tentang perkara – perkara ASAS. Apabila selesai perkara asas tersebut, maka dengan sendirinya kemungkran lain akan turut hilang denga izin Allah

PENUTUP

Penulis ingin menekankan kembali, gejala pergaulan bebas, buang anak, dan lain – lain bukan perkara yang boleh dipandang ringan, akan tetapi ada perkara yang lebih utama perlu diselesaikan terlebih dahulu. Penulis tidak menfokuskan kepada aurat sahaja, ia adalah sebagai contoh dan simbol kepada gejala – gejala lain yang manusia dunia hari ini sedang berhadapan. Ayuh! Bertindak dengan bijak didalam menyampaikan kebenaran, pasti Allah bersama.

Deenworker,

Pengkalan Chepa, Kota Bharu,

Kelantan Darulnaim.

Monday, September 12, 2011

HADIAH BUATMU YANG TERCINTA


Salam hari lahir kepada addiku tercinta, Sharifah Najihah Alhaddad.Harap maaf kerana hadiah ulang tahunmu terlambat seminggu daripada tarikhulangtahunmu. ini adalah warkah buatmu sayang. Bagi abang, hanya ini yang mampukuberikan dan abang pasti ia sangat-sangat penting dan bernilai kepada kaumhawa. moga peningkatan umurmu selari dengan peningkatan imanmu..=)

Adikku,
Sesungguhnya kejadianmu terlaluindah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dandisayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjungi dan dipuja,bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hambasahaya. . Lantaran daripada keindahanciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bias menarikperhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namunabang sangat yakin, kamu adalah mawar yang sangat terjaga rapi oleh duri syara’disekelilingmu hingga sang kumbang terluka apabila mendekatinya. Itulahpagarmu, maruahmu!
Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggulterjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuriperhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun lantaranpagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahanyang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.
Adikku,
Akuilahhakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainyapakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandangsembarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indahtapi sayang tidak berduri dan mudah disentuh (menjadi bahantontonan). Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri.
Sesungguhnya utusan Allah S.A.W ada mengatakantentang bahaya dirimu; “Tidak ada fitnahyang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripadawanita “ Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki keneraka??!!
Ingatlah aduhai adikkusayang,
Ingatlahbahawa di antara ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihatlelaki dan lelaki tidak melihatnya kecuali atas urusan yang diizinkan syara’. Sesungguhnyasesuatu yang tertutup itu lebih indah jika dibandingkan dengan sesuatu yangterdedah. Yang tertutup itu indah!! Alangkah baiknya jikakau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal, danberharga buat yang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai kita melayarinya denganbernaungkan keredhaan Allah, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlakpenuh menawan. Sesungguhnya, wanita yang solehah menjadi idaman setiap insansoleh. ‘wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik’.

Ya Allah jadikanlahaddikku bidadari syurgamu..
Moga kau terus istiqomahmenelusuri jalan berduri ini..
Mari sama-sama kita berpimpinantangan menelusuri jalan islam di saat ini..
Juga di syrga nanti..
Moga kau terus istiqomah…
Moga kau terus istiqomah…
Moga kau terus istiqomah…

Dari : abangmu tercinta.


Tuesday, September 6, 2011

TOP UP AKHIRAT ANDA


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Dikala mode aidilfitri masih dirasai saya ingin mengajak pembaca merenung suatu yang sangat penting, iaitu nilai dunia dibandingkan dengan nilai akhirat.

TOP UP!

Pernahkah anda berhadapan dengan satu situasi dimana anda ingin membuat suatu panggilan kecemasan yang sangat – sangat – sangat penting. Setelah anda menekan butang ‘calling’ tiba-tiba satu SMS singgah ke ‘inbox’ telefon bimbit anda “ sorry you have insufficient airtime balance.” Apakah perasaan anda ketika itu? Pasti kecewa bukan? hampa? Pasti anda akan segera ke kedai top up berdekatan untuk membeli top up agar panggilan PENTING dapat dibuat. Ini situasi di dunia saudara!

Bayangkan jika di saat ini anda berada di akhirat. Bayangkan di saat ini anda sedang berada di mahsyar di hisab oleh timbangan mizan (nama timbangan amalam di akhirat). Dengan penuh penantian ditemankan keadaan sekeliling yang dasyat dan cuaca yang panas terik dengan harapan seusai sahaja hisab, syurga akan menjadi destinasi seterusnya. Selepas selesainya hisab, tiba-tiba satu suara muncul “you have insufficient rewards (pahala) balance to entering heaven at this moment.”. Pasti menyesal dengan sesalan yang amat sangat. Perasaan yang tidak akan dapat digambarkan ketika itu. Ketika dipadang mahsyar tidak akan dapat top up pahala, sekali pun tidak! Walaupun hanya 1 sahaja pahala yang perlu dilengkapkan untuk menjadi ahli syurga Allah.

Dalam keadaan seperti itu kita ‘flashback’ kembali suasana kehidupan didunia yang setiap detik Allah berikan peluang yang seluas-luasnya untuk top up pahala walau apa keadaan sekalipun.

LUBUK PAHALA DI MANA-MANA!

Apalah maknanya nikmat dunia yang kita ada dalam konteks mahasiswa seperti laptop yag paling latest dan canggih, gadget yang berjenama, smart phone hebat, motosikal yang menawan, kereta yang diubahsuai sporty. Tetapi ianya langsung tidak menyumbang kepada pahala untuk menggapai redha Allah serta syurganya? Sungguh tiada apa-apa makna!

Tidakakah kita mengetahui bahawa dunia ini hanya pinjaman semata-mata yang tempohnya sangat singkat yang menjadi ladang untuk akhirat. Oleh itu, mengapakah dunia yang kita cari sedangakan ia pasti akan ditinggalkan pergi, sungguh! Tiada gun harta disisi ketika jasad terkaku mati. Jika ketika itu baru menyesal, amat rugilah kita untuk selama-lamanya.

Bayangkan, ketika kita masih berada diladang akhirat ini (dunia), top up pahala boleh dijana dimana-mana sehingga di dalam tandas sekalipun pahala terjana, masyallah pemurah Allah! Ayuh ketuklah dasar hati kita yang paling dalam agar sedar kegentingan untuk menjana pahala disaat ini, jangan tunggu di akhirat baru tersedar!, pasti tidak akan mungkin satu pahala pun anda dapat raih kerana ladang kita telah dituai.

Bayangkan kita dunia ini jika terputus bekalan sangat mudah dicari, jika terputus top up pahala (bekalan di akhirat) diakhirat pati tidak mungkin dapat dicari.

Oleh itu marilah sama-sama kita mempergunakan kehidupan didunia ini dengan sebaik-baiknya menurut acuan Allah, sungguh anda tidak akan menghadapi penyesalan. Gunakanlah setiap kelebihan, harta, ilmu, tenaga dan apa sahaja untuk menambahkan saham kita di sana nanti. Bagi saya jika ini menjadi perancangan anda disaat ini, sunnguh! Anda adalah sebaik-baik perancang masa depan yang gemilang. Marilah kita gunakan apa sahaja yang ada untuk meraih redha-nya, kerana itulah visi yang tertinggi bagi seorang mu’min.

Moga kita dapat merasai dan menyambut kemeriahan aidilfitri didunia dan akhirat. Bersatu didunia dan tetap berjumpa di syurga, masyaallah alangkah nikmatnya.

Bertindaklah sekarang sementara masa masih ada!

http://www.youtube.com/watch?v=_7VhcPgocvc

Deenworker.

Pengkalan Chepa, Kelantan.

Thursday, August 18, 2011

SERAHKAN SEGALANYA PADA ALLAH




Alhamdulillah Allah masih berikan nikmat untuk duduk dialam bulan penuh keampunan ini. jika anda diselubungi satu persoalan atau pilihan yang sangat besar dalam hidup, kebiasannya apa yang anda lakukan?

bukankah adalah lebih baik untuk kita terus menerus memohon petunjuk itu hanya dari Allah semata-mata tanpa ada niat yang lain. ini sangat penting kerana kita sendiri tidak mengetahui apa yang baik untuk kita, hanya Allah yang mengatur segala - galanya. Oleh itu, jika kita terpaksa membuat apa - apa keputusan, janganlah jemu untuk menagih petunjuk dari Allah. yakinlah dengan keputusan Allah!

Tika mana Ramadhan yang mulia ini doa mudah dimakbulkan, janganlha jemu meminta petunjuk darinya dalam apa jua keputusan yang bakal dilakukan, sungguh DIA ada perancangan yang terbaik. Bila mana kita berhadapan dengan pilihan & keputusan yang sangat besar & sukar untuk membuat pilihan, ini lah masa yang paling idle untuk istikhoroh memohon petunjuk hanya darinya, tanpa ada anasir - anasir yang lain.

P/S : sebenarnya entry ringkas ini adalah khusus untuk memotivasi saya sendiri, moga allah beri yang terbaik (sangat-sangat memohon agar ditunjukan jalan saat ini) . Jika ada diantara anda yang mengalami keadaan di atas, jangan tangguh lagi inilah masanya untuk anda meminta darinya.

Saturday, August 13, 2011

PERASAAN ITU..



Alhamdulilah, alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah masih izinkan saya merintis jalan perjuangan sukar ini walaupun kebelakangan ini tekanan mengesak dada ini memaksa aku dan sahabat-sahabat melakukan sesuatu demi menjamin kelancaran perjalanan da’wah & tarbiyah di tempatku berada saat ini. Sungguh, walau apa dan siapa mengalang, kami tidak akan sekali-kali gentar kerana kami berkeyakin dengan janji Allah. Kerana kami amat yakin Allah inginkan proses kematangan kami segera kerana peperangan dengan taghut sebenar menanti kami diluar sana.

Bagi seorang daie, adalah normal bekerja didalam stuasi di atas, kerana itu sunnatullah. Tetapi, apabila Allah menguji lagi dengan satu ujian iaitu perasaan cinta yang hadir belum tiba masa yang sesuai. Iaitu sikumbang yang tertaut pada si bunga di taman. Memag tidak dinafikan, ini adalah suatu perasaan fitrah anugerah Allah bagi lelaki di usia remaja, ditambah lagi dengan tahun akhir pengajian. Memang adalah satu keperluan untuk merancang tentang baitul da’wah yang bakal dibina bagi menjamin kesinambunagn perjalanan deen ini di masa depan. Sungguh, saya teruji dengan dua perkara ini di saat ini.

Sesungguhnya perasaan itu hadir adalah fitrah tetapi perlu dilorongkan kepada lorongan yang dipagari dengan syariat agar kesuciannya terjaga. Apa yang saya bimbangkan kepada mereka yang diuji dengan perkara ini ialah (saya pasti bukan saya seorang yang teruji) gerak kerja menjadi terbantut oleh kerana hal ini. Ketahuilah, nafas da’wah ini sangat panjang amat rugi seorang daie apabila ia dicemari oleh perasaan yang kalau tidak dikawal yang boleh merosakkan amal kerana dihadapan kita pasti lebih banyak ujian yang menanti. oleh itu, tolong jangan mengorbankan hatimu disaat itu kerana islam pada hari ini menuntut kita untuk pergi lebih jauh demi menggapai cinta yang lebih agung iaitu cinta Allah. Saya kepilkan suantai madah daripada ahli sufi, Abdul Ghani.

Ya Allah….Ya Rahman.t..Ya rahim..

Allahu rabbi aku minta izin,

Bila saat aku jatuh cinta,

Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang,

Hingga membuatku lalai akan adanya Engkau.


Allahurabbi aku punyai pinta,

Bila suatu saat aku jatuh cinta,

Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu,

Yang tidak terbatas,

Biar rasaku pada-Mu tetap utuh.

Allahu Rabbi,

Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati,

Pertemukanlah kami,

Berikanlah kami kesempurnaan,

Untuk lebih mendekati cinta-Mu dan saling menyintai kerana-Mu.


Allahu Rabbi,

Pintaku yang terakhir adalah,

Seandainya aku jatuh hati, jangan pernah kau paling wajahmu-Mu dariku,

Anugerakanlah aku cinta-Mu,

Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.

P/S- kepada si ‘dia’, ayuhlah fokus untuk terus menghirup nafas segar fikrah islam yang jernih ini demi menggapai redha –Nya dengan terus istiqomah mempersiapkan diri masing - masing. Insyaallah dengan izinnya, apabila waktu itu tiba, Allah akan susun untuk kita bersama, moga ia menjadi booster (bahan pelonjak) didalam beramal dengan penuh kebahagian. Moga zuriat kita yang bakal lahir akan mewarisi fikrah ini.


Tuesday, May 24, 2011

APABILA BERBICARA TENTANG IKHTILAT (PERGAULAN)



Ikhtilat ialah perkataan bahasa arab bermaksud percampuran. Dari sudut istilah syara’ bermaksud percampuran antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (bukan mahram).

Melihat aktiviti manusia hari ini banyak melibatkan percampuran antara lelaki dan wanita sama ada di pasaraya, sekolah, universiti, tempat awam, kedai, mahkamah, hospital dan sebagainya hingga tiada beza antara bergaul sesama perempuan atau sesama lelaki dengan bergaul berlainan jantina. Justeru, apakah hukum percampuran di antara lelaki dan perempuan dalam keadaan-keadaan begini?

Untuk menjelaskan ini, Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya, Al-Mufassol fi Ahkam Al-Mar’ah wa Al-Bait Al-Muslim menjelaskan bahawa pada dasarnya percampuran lelaki dan perempuan ajnabi adalah diHARAMkan oleh islam. Pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi mestilah mempunyai batasan, bukan sama seperti kita melayani rakan sejantina.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak berdua-duan seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan yang ketiganya adalah syaitan.”

Namun terdapat beberapa keadaan yang mengharuskan percampuran antara lelaki dan perempuan:-

1) PERCAMPURAN KERANA DARURAT.

Contohnya seorang lelaki menemui seorang wanita yang tersesat di tengah jalan dalam keadaan tiada orang lain dapat membantu, maka haruslah lelaki itu mengiringi wanita itu pulang kerumahnya atau ke tempat yang selamat. Bahkan jika dibimbangkan wanita terdedah kepada bahaya sekiranya ditinggalkan, menjadi kewajipan lelaki itu untuk membawanya ke tempat yang selamat.

2) PERCAMPURAN KERANA KEPERLUAN (HAJAT)

Seperti percampuran kerana darurat, percampuran kerana keperluan juga diharuskan seperti:

· Jual-beli antara lelaki dan wanita.

· Menjadi saksi atau memohon keadilan di mahkamah.

· Melakukan tugas pengawasan (amar makruf nahi mungkar) seperti yang dilakukan oleh As’syifak Binti Abdullah Al-Adawiyah yang menjadi pegawai hisbah yang dilantik oleh Amirul Mu’minin Umar Al-Khattab untuk mengawasi pasar.

· Isteri melayani tetamu (seperti menghidangkan makanan dan makan bersama-sama) dalam keadaan suami ada bersama.

· Menaiki kenderaan untuk menziarahi keluarga, pergi ke hospital, membeli barang keperluan dan lain-lain keperluan yang dibenarkan syara’ (tidak boleh sama-sekali berdua-duan).

· Melakukan tugas di medan jihad seperti merawat tentera yang cedera, menyediakan makanan dan minum kepada tentera, malah memikul senjata untuk berperang.

· Proses belajar dan mengajar.

· Kebiasaan yang diharuskan syara’ seperti menziarahi saudara-saudara sahabat handai yang lain

Percampuran diatas dan seumpanya yang tidak melanggar syara’ dibolehkan. Walaubagaimanapun mestilah dengan menjaga adab-adab islam iaitu:-

· Menutup aurat.

· Menjaga pandangan. Cukup sekadar memandang sebagai tanda hormat dan mengambil perhatian ketika berinteraksi tentang sesuatu perkara dengan meletakkan syara’ dihadapan.

· Tidak bersentuhan diantara lelaki dan perempuan.

· Wanita tidak melunakkan suara di hadapan lelaki ajnabi. Firman Allah didalm surah Al-Ahzab ayat 32 bermaksud, “ maka janganlah kamu tunduk lemah didalam berbicara hingga timbulkan keinginan orang yang ada penyakit di hatinya, dan ucapkanlah perktaan yang ma’ruf”.

· Wanita tidak berhias (tabarruj)

· Tidak berdua-duan.

· Tiada perbuatan atau perbualan yang boleh merangsang nafsu syahwat.

Kesimpulannya, pergaulan lelaki dan perempuan bagi mencapai tujuan kemasyarakatan yang mulia adalah diharuskan, namun ia mestilah berlandaskan garis panduan yang dibenarkan oleh syara’. Pada zaman Rasulullah SAW, terdapat para wanita yang solat berjamaah di masjid seperti kaum lelaki, dimana pada peringkat permulaan, hanya terdapat satu pintu masjid sehinggalah kaum lelaki dan wanita terpaksa bersesak di satu pintu menyebabkan Rasulullah memerintahkan supaya mengkhususkan pintu tersebut kepada kaum wanita sahaja.

Didalam Alquran pula, diceritakan kisah Nabi Musa menolong dua orang anak perempuan Nabi Syuib yang terpaksa mengambil air telaga kerana ayah mereka telah tua. Selain itu, diceritakan juga kisah perbualan Nabi Sulaiman dan Ratu kerajaan Saba’ yang menyembah matahari akhirnya menyebabkan Ratu Saba’ tunduk menyembah Allah SWT.

Ikhtilat (percampuran) lelaki dan perempuan tanpa had seperti yang dilakukan oleh masyarakat Barat adalah bercanggah dengan islam. Berdua-duan antara lelaki dan perempuan, bermusafir berdua-duan, menonton wayang bersama, berpegangan tangan dan menari bersama, adalah antara bentuk ikhtilat yang tidak dibenarkan. Hatta, ber-SMS dan berbual tanpa tujuan juga tidak dibenarkan oleh syara’. Walaupun berselindung di sebalik alasan teman biasa, sekadar suka-suka atau dapat mengawal diri daripada terjerumus kepada zina, namun ia tetap tidak mengubah hakikat bahawa syaitan akan menjadi penghasut dan penyemarak kepada gelora nafsu manusia yang tidak pernah padam.

Antara kesan pergaulan bebas ialah keruntuhan akhlaq, berleluasa kelahiran anak luar nikah, ramai lelaki dan wanita yang membujang tidak berkahwin, banyak berlaku perceraian dan keruntuhan rumah tangga kerana sebab remeh-temeh serta tersebar menyakit yang buruk.

Kredit kepada majalah HALUAN. Dipetik dan diubahsuai daripadanya.

DEENWORKER.

Kolej Teknologi Darulnaim.

Pengkalan Chepa, Kelantan.