Melihat aktiviti manusia hari ini banyak melibatkan percampuran antara lelaki dan wanita sama ada di pasaraya, sekolah, universiti, tempat awam, kedai, mahkamah, hospital dan sebagainya hingga tiada beza antara bergaul sesama perempuan atau sesama lelaki dengan bergaul berlainan jantina. Justeru, apakah hukum percampuran di antara lelaki dan perempuan dalam keadaan-keadaan begini?
Untuk menjelaskan ini, Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya, Al-Mufassol fi Ahkam Al-Mar’ah wa Al-Bait Al-Muslim menjelaskan bahawa pada dasarnya percampuran lelaki dan perempuan ajnabi adalah diHARAMkan oleh islam. Pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi mestilah mempunyai batasan, bukan sama seperti kita melayani rakan sejantina.
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak berdua-duan seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan yang ketiganya adalah syaitan.”
Namun terdapat beberapa keadaan yang mengharuskan percampuran antara lelaki dan perempuan:-
1) PERCAMPURAN KERANA DARURAT.
Contohnya seorang lelaki menemui seorang wanita yang tersesat di tengah jalan dalam keadaan tiada orang lain dapat membantu, maka haruslah lelaki itu mengiringi wanita itu pulang kerumahnya atau ke tempat yang selamat. Bahkan jika dibimbangkan wanita terdedah kepada bahaya sekiranya ditinggalkan, menjadi kewajipan lelaki itu untuk membawanya ke tempat yang selamat.
2) PERCAMPURAN KERANA KEPERLUAN (HAJAT)
Seperti percampuran kerana darurat, percampuran kerana keperluan juga diharuskan seperti:
· Jual-beli antara lelaki dan wanita.
· Menjadi saksi atau memohon keadilan di mahkamah.
· Melakukan tugas pengawasan (amar makruf nahi mungkar) seperti yang dilakukan oleh As’syifak Binti Abdullah Al-Adawiyah yang menjadi pegawai hisbah yang dilantik oleh Amirul Mu’minin Umar Al-Khattab untuk mengawasi pasar.
· Isteri melayani tetamu (seperti menghidangkan makanan dan makan bersama-sama) dalam keadaan suami ada bersama.
· Menaiki kenderaan untuk menziarahi keluarga, pergi ke hospital, membeli barang keperluan dan lain-lain keperluan yang dibenarkan syara’ (tidak boleh sama-sekali berdua-duan).
· Melakukan tugas di medan jihad seperti merawat tentera yang cedera, menyediakan makanan dan minum kepada tentera, malah memikul senjata untuk berperang.
· Proses belajar dan mengajar.
· Kebiasaan yang diharuskan syara’ seperti menziarahi saudara-saudara sahabat handai yang lain
Percampuran diatas dan seumpanya yang tidak melanggar syara’ dibolehkan. Walaubagaimanapun mestilah dengan menjaga adab-adab islam iaitu:-
· Menutup aurat.
· Menjaga pandangan. Cukup sekadar memandang sebagai tanda hormat dan mengambil perhatian ketika berinteraksi tentang sesuatu perkara dengan meletakkan syara’ dihadapan.
· Tidak bersentuhan diantara lelaki dan perempuan.
· Wanita tidak melunakkan suara di hadapan lelaki ajnabi. Firman Allah didalm surah Al-Ahzab ayat 32 bermaksud, “ maka janganlah kamu tunduk lemah didalam berbicara hingga timbulkan keinginan orang yang ada penyakit di hatinya, dan ucapkanlah perktaan yang ma’ruf”.
· Wanita tidak berhias (tabarruj)
· Tidak berdua-duan.
· Tiada perbuatan atau perbualan yang boleh merangsang nafsu syahwat.
Kesimpulannya, pergaulan lelaki dan perempuan bagi mencapai tujuan kemasyarakatan yang mulia adalah diharuskan, namun ia mestilah berlandaskan garis panduan yang dibenarkan oleh syara’. Pada zaman Rasulullah SAW, terdapat para wanita yang solat berjamaah di masjid seperti kaum lelaki, dimana pada peringkat permulaan, hanya terdapat satu pintu masjid sehinggalah kaum lelaki dan wanita terpaksa bersesak di satu pintu menyebabkan Rasulullah memerintahkan supaya mengkhususkan pintu tersebut kepada kaum wanita sahaja.
Didalam Alquran pula, diceritakan kisah Nabi Musa menolong dua orang anak perempuan Nabi Syuib yang terpaksa mengambil air telaga kerana ayah mereka telah tua. Selain itu, diceritakan juga kisah perbualan Nabi Sulaiman dan Ratu kerajaan Saba’ yang menyembah matahari akhirnya menyebabkan Ratu Saba’ tunduk menyembah Allah SWT.
Ikhtilat (percampuran) lelaki dan perempuan tanpa had seperti yang dilakukan oleh masyarakat Barat adalah bercanggah dengan islam. Berdua-duan antara lelaki dan perempuan, bermusafir berdua-duan, menonton wayang bersama, berpegangan tangan dan menari bersama, adalah antara bentuk ikhtilat yang tidak dibenarkan. Hatta, ber-SMS dan berbual tanpa tujuan juga tidak dibenarkan oleh syara’. Walaupun berselindung di sebalik alasan teman biasa, sekadar suka-suka atau dapat mengawal diri daripada terjerumus kepada zina, namun ia tetap tidak mengubah hakikat bahawa syaitan akan menjadi penghasut dan penyemarak kepada gelora nafsu manusia yang tidak pernah padam.
Antara kesan pergaulan bebas ialah keruntuhan akhlaq, berleluasa kelahiran anak luar nikah, ramai lelaki dan wanita yang membujang tidak berkahwin, banyak berlaku perceraian dan keruntuhan rumah tangga kerana sebab remeh-temeh serta tersebar menyakit yang buruk.
Kredit kepada majalah HALUAN. Dipetik dan diubahsuai daripadanya.
DEENWORKER.
Kolej Teknologi Darulnaim.
Pengkalan Chepa, Kelantan.
(^^)
ReplyDeletelike~~
ReplyDelete