Sunday, May 1, 2011

Warkah Buat Bakal Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Dan Rasul

Aku tidak tahu kenapa petang ini aku begitu berani mencoretkan sesuatu tentang dirimu. Sedangkan aku tidak tahu siapakah dirimu itu, walaupun sepertinya aku mengetahui siapa dirimu itu, tetapi Allah lebih mengetahui..he is the ultimate planner. Aku tidak tahu momentum apakah yang mengerakkan jemariku untuk mencoret satu coretan yang biasanya aku simpan rapi sendirian, hanya didedahkan ketika bermunajat sendirian di sepertiga malam.

Perlu kau ketahui wahai bakal pemilik hatiku setelah Allah dan rasul. Suatu hari nanti, kita bakal membina salah satu tangga yang bakal membentuk ummah, suatu pusat untuk melahirkan kader-kader dakwah yang akan memegang panji-panji islam yang mulia, aku harap itulah fokus kita bersama pada saat ini lagi. Aku harap, kamu dan aku, telah jelas akan matlamat ini bermula di saat ini lagi, itulah baitul dakwah yang kuidam-idamkan. Perlu kau ketahui disini, zuriat yang bakal lahir nanti bukan sahaja pewaris bagi harta dan nasab keturunan sahaja. Tetapi apa yang paling penting ialah, zuriat yang bakal lahir ini adalah pewaris kepada deen dan fikrah yang jernih untuk disebarkan dan dibumikan kepada masyarakat sekeliling, itulah hasratku di saat ini, dan aku harap kau juga, entah dimana kau berada sekerang memupunyai hasrat yang sama. Oleh itu, masih banyak persiapan yang perlu kita persiapkan.

Di saat ini, aku sedang berusaha sedaya kudratku dalam memantapkan diri dari segi kefahaman islamku, ilmu ku dan juga persiapan yang lain sepertin yang ada di entry sebelum ini. Aku juga berharap kau juga sedang mempersiapkan dirimu kearah itu, demi menggapai redhanya. Apabila baitul dakwah itu telah terbina, marilah sama-sama kita lengkap – melengkapi dan saling mengajak kearah ma’ruf dan saling mendokong dan menyokong diantara satu sama lain supaya tetap teguh di atas jalan yag penu berduri ini. Mungkin ada ketika kau tersunggkur jatuh dek perbuatan syaitan yang durjana dan aku akan sedaya upaya menarikmu kembali, sebaliknya begitu juga jika terjadi terhaap diriku.

Perlu aku jelaskan prinsipku disini dan aku ingin menjadikan sebagai prinsip baitul dakwah yang bakal kita bina. Iaitu yang baik apa yang syara’ kata baik, dan yang buruk apa yag syara’ kata buruk. Kerana bagiku, inilah kayu ukur yang terbaik. Maka, aku sekarang ini sedaya – upayaku akan meletakkan syara’ dihadapan didalam setiap perbuatanku walaupun terkadang aku tersunggkur jatuh. Aku berharap, kita membaluti luka-luka perjuangan yang bakal ditempuh bersama dengan balutan iman.

Aku bukanlah seorang yang memilih dalam mencari pasangan, tetapi aku akan tetap tegas dengan prinsipku. Sesungguhnya aku menghendaki teman hidup yang sedang melalui dengan konsisten dan merasai keperluan untuk melaluinya. Iaitu melalui proses didikan (tarbiyah) yang sama seperti yang aku lalui saat ini, ini sahaja kayu ukurku didalam membuat pilihan. Aku memandang penting aspek ini kerana, bagiku aspek inilah yang akan menjadi faktor terpenting kearah keberlangsungan baitul dakwah tersebut.

Mungkin disaat ini ada ‘kau’ terbaca warkah ini, dan aku belum pasti siapakah dirimu. Tetapi aku harap, moga kita terus bermujahadah dalam menongkah arus jahiliyyah. Jangan sekali-kali kau benarkan dirimu terjerat degan mainan syaitan la’natullah, marilah sama-sama kita menjaga hati ini hanya untuk yang esa. Dan aku sangat-sangat berharap, kita dapat menjaga rapi perasaan hati ini apabila sampai waktunya nanti. Sungguh di saat ini aku teruji, dan aku berjanji dengan diriku, bahawa aku tidak akan sama-sekali termakan dengan layanan nafsu. My heart intuition mengatakan kau juga sedang teruji disaat ini. Moga kita kekal bersama diatas jalan ini sehingga dijemput pulang oleh-NYA. Moga Allah redha dengan coretan ini.

Dariku,

bakal pemilik cintaku setelah Allah dan rasul.

11 comments:

  1. alhamdulillah...
    buat your future wife..harap memahami jalan yg hassan pegang ini..insyaALLAH..

    p.s:aku sudah tau siapa orgnyer..hehe..

    ReplyDelete
  2. Sekarang fokus kpd persiapan diri, soal siapa calonnya itu serah pd Allah.
    Insyaallah, pasti Allah berikan yg terbaik.
    Persiapan diri dari segi mental, fizikal dan plg penting ilmunya.

    Bila bercakap soal BM, betul2 kena serius.

    ReplyDelete
  3. to anonymous

    -memang benar, amat benar. marilah sama2 kita menjaga Allah, pasti Allah menjaga kita. Serahkan kepadanya, dia pasti berikan yang terbaik. Apa2 pun, ia bertitik-tolak dengan menjaga hubungan dengan Allah, (",).

    ReplyDelete
  4. subhanallah...maju2..moga Allah beri yang terbaik buat anta....

    ReplyDelete
  5. ameen..=), same goes with u sis.

    ReplyDelete
  6. Mashaallah, tahap wajib dah ni..
    Moga cepat2 Allah temukan dgn si dia ;)

    ReplyDelete
  7. tidaklah sampai tahap wajib. Cuma sekadar berkongsi apa yang perlu ada di minda dan perlu di mind setting bermula dari saat ini. Ini kerana ia akan memberikan impak yang cukup besar apabila matalamt ini (BM) tidak benar2 clear -DW.

    ReplyDelete
  8. Ye, tau meh.
    Saja ja ckap cm tu ;)

    ReplyDelete
  9. ehem...teruskan berusaha perbaiki diri b4 mencari sayap kirimu duhai humaidi...^^..

    ReplyDelete
  10. btol, amat tepat skali. Saya tidak mencari si 'dia', hanya yakin dengan Allah, pasti Allah bagi yg terbaik..=)..jaga lh Allah, pasti Allah menjaga kita^^.-DW-.

    ReplyDelete