Wednesday, March 25, 2009

DEEN ISLAM IS THE ONLY WAY OF LIFE






Pertama dan selamanya tanpa jemu kita memanjat setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya dengan sifat ar-rahman serta ar-rahim, diberikan kesempatan oleh Allah dengan nikmat kehidupan untuk kita terus memperhambakan diri kepadanya. Sedar atau tidak semalam berapa ramai nyawa-nyawa yang ditarik oleh Allah dengan perantaraan malaikat Izrail dalam keadaan berlumuran dengan lumpur-lumpur maksiat, alhamdullillah kita tidak masuk didalam golongan tersebut, Allah juga masih memberikan kesempatan untuk kita menikmati kelazatan iman dan kemanisan islam dalam proses tarbiyyah, alhamdullillah yang tak terhingga kerana dia masih membenarkan sedikit hidayahnya meresap didalam urat-urat dan sendi-sendi kita, bayangkan jika Allah menarik balik sedikit hidayah tersebut dan kita dimatikan dengan hati yang mati bergelumang didalam dosa maksiat, na’uzubillahi min zaliq. tidak lupa juga kepada jujungan agung merangkap penghulu syurga dialah Muhammad Rasullah. Kerana baginda telah mengorbankan seluruh hidupnya bagi menyediakan satu manhaj yang lengkap (cara hidup islam), manhaj ini tidak boleh ditutup walaupun dengan sebesar zarah debu sekalipun. dengan pengorbanan baginda dan kekuasaan Allah inilah kita disatukan dibawah satu bumbung agung iaitu bumbung aqidah islam. dengan menyedari hakikat ini, saya mencoretkan sedikit coretan buat renungan bersama.

 

Pada kesempatan kali ini, marilah kita bersama bermuhasabah diri kita yang sering leka dan lalai sesuai dengan insan yang bernama manusia. sebagaimana yang kita tahu islam adalah cara hidup seorang muslim dan deen ini meliputi semua aspek kehidupan. persoalan yang ingin ditimbulkan ialah sejauh manakah kita mengambil deen islam sebagai satu cara hidup.

 

sebagai seorang remaja, hiburan adalah satu method penting didalam diri seorang remaja, tanpanya remaja merasakan sesuatu kekosongan yang teramat sangat (remaja yang tak mengambil islam sebagai satu cara hidup). Persoalannya jenis hiburan yang bagaimana meresap didalam hati kita? Adakah jenis hiburan yang sama dinikmati oleh orang disekeliling kita pada hari ini? Atau hiburan yang dinikmati oleh perkerja-perkerja islam dan ahli-ahli syurga. Adalah penting bagi kita yang memegang wasilah para nabi untuk memilih jenis hiburan, ini kerana sedar, ataupun tidak perkara ini secara tidak langsung mengubah peribadi diri serta prinsip hidup kita yang hakiki iaitu memperhambakan diri kepada Allah.

 

Hati merupakan sumber kekuatan kepada tubuh badan manusia, dengan hati daie, seseorang yang sedang diuji oleh Allah dengan kesakitan masih sanggup untuk pergi ke program-program yang mendidik jiwa seperti halaqah. Dengan hati juga, seseorang itu sanggup pergi ke tempat-tempat maksiat untuk berfoya-foya sedangkan dia tidak mampu.

 

Oleh itu saya nenyeru kepada semua supaya kita sentiasa berhusabah diri kita agar kita tergolong dalam golongan yang diredhai Allah. Sesungguhnya, kita inilah pewaris fikrah islam yang jernih. Marilah sama-sama kita masuk islam secara menyeluruh kerana islam itu adalah cara hidup. Ini bersesuaian dengan firman Allah “wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh nyata bagimu” ( surah Al-baqarah ayat 208).–deenworker-(deenworker.blogspot.com).

 

 

No comments:

Post a Comment