Tuesday, December 28, 2010

CINTA ITU...


Alhamdulillah tidak tehingga hanya layak di panjatkan kepada-NYA, final exam baru sahaja melabuhkn tirainya, kini aku sedang menikmati suatu pakej percutian yang tidak ternilai dan terhad di pasaran apabila di beri peluang untuk berkhidmat di Kem Jatidiri Dan Kesukarelawan Remaja anjuran Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) dengan kerjasama JAKIM. Itulah kerehatan buatku, walaupun tidak boleh secara sepenuh masa. Alhamdulillah aku dipilih oleh-Nya.

Pada entry ini saya ingin mengajak rakan-rakan sekalian bersembang santai dengan satu tajuk yang bagiku suatu komponen yang amat penting didalam kehidupan ini. Ditambah lagi pada alam remaja seperti saya. Tajuk yang saya pilih ialah CINTA..persaan CINTA..ya! CINTA.

Bagi saya, CINTA adalah satu perasaan yang suci, murni dan telus. CINTA merupakan suatu perasaan yang amat tinggi nilainya. Perasaan suci ini adalah suatu anugerah oleh Allah yang tidak terhingga kepada hambanya. Dengan kehadiran CINTA yang telah meresap kedalam hati seseorang, menyebabkan dia tiba-tiba berdebar-debar, gugup dan bermacan-macam lagi perasaan apabila berhadapan dengan objek @ subjek yang menyebabkannya jatuh CINTA. Dengan hadirnya CINTA juga, seseorang ini boleh merantau merentasi lautan beribu-ribu batu, bahagia membuat sesutau perkara dek kerana objek @ subjek yang menyebabkn ia jatuh CINTA, tidak kira sesukar manapun pasti di tempuh, walaupun terpaksa nyawa tergadai. Huh! Alangkah hebatnya penangan CINTA.

Bagi manusia yang sejahtera imannya, perasaan CINTA akan berbunga kepada tuhannya. Perasaan ini lebih tinggi dari yang lain. Apabila perasaan CINTA kepada Allah ini membuak-buak, tidak kira apapun perintahnya pasti dia patuhi, setiap perintah terasa manis dan ringan dilakukan, itulah yang akan terjadi apabila perasaan ANGAU kepada-NYA telah menyelubungi diri seseorang itu. Takut kepada Allah menjadi pembuktian CINTA hamba kepada tuhannya. Iman juga akan mendorong seseorang itu menCINTAi Rasulullah dengan sebenar-benar erti CINTA. Ini bermakna, bukan hanya sekadar menCINTAi tubuh badan baginda, tetapi termasuk juga perkataan baginda, perbuatan baginda dan lain-lain. Orang-orang yang bertuah ini akan berusaha bersungguh menghidupkan kembali perbuatan rasullullah didalam kehidupan mereka dek kerana penangan CINTA dengan niat kerana-NYA. Manusia juga CINTA kepada ibu bapa, adik-beradik, anak, ilmu, harta dan CINTA kepada wanita.

Perasaan CINTA yang sempurna tidak akan mungkin berdiri dengan sendirinya. Tetapi perasaan ini harus digandingkan dengan TAQWA, TAQWA kepada Allah. Maka akan tercapailah kemuncak kesempurnaan CINTA. Seorang sahabat Rasulullah menjelaskan taqwa adalah seperti, “seorang yang berjalan pada jalan yang dipenuhi tumbuhan berduri dan dia berusaha mengelak duri (dosa) tersebut dengan berhati-hati”. Taqwa adalah pelengkap kepada kesucian dan ketinggian CINTA. Tanpa kehadiran taqwa sebagai tiang seri kepada CINTA, perasaan CINTA yang suci itu telah ternoda kesuciannya dek hawa nafsu dan disalahkan gunakan untuk bermaksiat kepada Allah.

CINTA adalah fitrah. Jangan menukarkannya menjad fitnah. Kaum lelaki pasti akan menCINTAi wanita dan begitu juga sebaliknya. Jangan dihalang perasaan ini, kerana ini adalah anugerah oleh-NYA kepada kita untuk dinikmati. Tetapi ingat! Perasaan ini perlu diarahkan kepada saluran yang betul. Dengan kata lain, perasaan ini perlu diringi oleh taqwa sebagai gandingan CINTA. Wahai kaum remaja (termasuklah aku) jangan kau mencalarkan maruah CINTA yang suci dengan melakukan maksiat seperti bercouple dan sebagainya. Jika kau melakukannya, kau telah menjatuhkan martabat CINTA, CINTA yang suci telah kau nodai dengan perbuatan maksiatmu. Kau telah salah gunakan perasaan agung yang dianugerahkan oleh Allah, sungguh! Kau berada didalam kerugian yang nyata. Jangan kau sekali-kali bermaian dengan api CINTA yang tiada TAQWA disampingnya, bimbang ia akan menyambar imanmu. Maka hanguslah imanmu, oleh itu adakah tempat iman yang hangus itu syurga?mari muhasabah! Perkahwinan adalah bukti CINTA hakiki, bukti CINTA wujud didunia. Bagi, orang yang sejahtera imannya, perkahwinan adalah bukti ketinggian CINTA hakiki, juga bukti cinta telah disalurkan dengan saluran yang betul, dan bukti TAQWA itu berjalan seiring dengan cintanya.

CINTA memerlukan pengorbanan yang besar dan sukar. Tetapi, apabila seseorang itu telah jatuh CINTA, pengorbanan ini terlalu mudah baginya. Jika seseorang telah jatuh CINTA kepada ilmu, ribuan batu sanggup dijelajahi demi menggapai CINTAnya. Jika ia CINTA kepada isterinya, pasti ia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak bidadarinya dengan meletakkan syara’ dihadapan. Jika sesorang itu ingin berkahwin demi memenuhi CINTAnya, perlu kepada pengorbanan. Begitulah juga CINTA kepada Allah, ia memerlukan pengorbanan yang amat besar. CINTA merupakan sumber kekuatan manusia. Ia akan menghadapi segala kepayahan dengan mudah apabila hadirnya CINTA.

Oleh itu, janganlah kita menyalah tafsirkan perasaan cinta yang hadir. Sama-samalah kita memelihara ketinggian dan kesucian cinta. Jangan kita pisahkan pasangan CINTA daripadanya, yakni TAQWA, sunguh kita akan menjadi orang yang paling bahagia dan bertuah.

DEENWORKER,

SHAH ALAM.

SELANGOR.

Tuesday, November 16, 2010

ADAT DALAM BERJUANG

Alhamdulillah kita masih lagi dipertemukan di alam maya ini. Sudah agak lama saya menyepi kerana dalam proses mengumpul kekuatan. Alhamdulillah saya masih mampu membuat coretan diwaktu diambang final exam.

Sejak akhir-khir ini, banyak ujian yang diberikan olehnya kepada saya, anda bagaimana. Seperti ujian dan kuiz yang pensyarah bagi, fenomena ini normal bagi saya ketika diambang final exam. Malah yang lebih berat bagi saya ialah ujian apabila menghadapi fitnah, tambah-tambah itu timbul daripada golongan wanita. Agak tekanan juga dibuatnya. Banyak lagi ujian –ujian yang datang silih berganti.

Adakah anda pernah melaluinya?

Pasti anda pernah, perkara ini mahu tidak mahu perlu ditempuh. Bagi saya inilah sunah orang berjuang. Dalam konteks berjuang kerana agamanya dan ilmunya. Apabila saya muhasabah kembali, rasulullah yang maksum itu pun terlalu banyak ujian yang Allah berikan kepada baginda. Yang bagi saya jauh lebih hebat daripada ujian yang menimpa anda dan diri saya sendiri. Didalam sirah penghijrahan baginda dan para sahabat ke yathrib, baginda dan para sahabat dibaling oleh anak-anak batu daripada para remaja upahan orang-orang kafir pada waktu itu. Sehingga diceritakan didalam satu riwayat, betis baginda dipenuhi dengan luka-luka dan kasutnya dibanjiri dengan darah. Masyaallah sakitnya memang tidak tertanggung. itu rasulullah, apalagi kita.

Apa yang saya ingin bawa disini ialah, UJIAN ini adalah fitrah dalam kita berjuang. Contoh, berjuang dalam pelajaran, ada ujian yang wajib kita tempuh. Apatah lagi kita dalam keadaan sekarang ini berjuang membela tauhid, wajib ujian itu datang. Seperti ujian daripada rakan sebaya, masyarakat sekeliling dan lain-lain. Solusi jika tidak mahu diuji, ‘bercutilah’ kalian daripada membela tauhid. Tetapi adakah dengan tindakan seperti itu akan mencanpai redha Allah. Tidak sama sekali, pelu ditegaskan disini bahawa syurga itu manis dan maharnya ialah perjuangan yang pahit. Adakah kita fikir dengan kita “bercuti” daripada kerja-kerja mengajak manusia kepada kebaikan maka kita tidak diuji?bagi saya jawapannya tidak. Jadi amat rugilah bagi sesiapa yang diantara kita yang sedang bersama-sama didalam jalan kebaikan ini berhenti dek kerana tidak tahan dengan fitnah yang mendatang. Tidak cukupkah syurga sebagai maharnya bagi mereka yang berjuang? khususnya mereka yang memperjuangka agama Allah.

Tetapi kita juga manusia yang tidak maksum seperti rasullah. Jadi kita terlalu cepat mengalah, bagi saya apa yang kita perlu faham dan khadam ialah Allah akan menguji kita sesuai dengan tahap seseorang itu. Jadi kita perlu yakin pasti kita dapat menempuhnya. Bagi saya setelah puas mengadu dengan Allah, saya suka mendengar lagu daripada HIJJAZ tetang sunnah orang berjuang. Ini adalah fitrahnya, apabila kita berjuang, secara tidak langsung kita menempah susah.

BERJUANG MENEMPAH SUSAH.

MENANGGUNG DERITA MENONGKAH FITNAH.

ITULAH GELOMBANG HIDUP SAMUDERA DUKA.

SEORANG MUJAHID MEMBELA TAUHID.

DIPISAH IA BERKELADAK

DIBELENGGU IA UZLAHMENAGIH MIHNA’.

NAMUN JIWA TETAP MARA MEMBURU CINTA.

MEMBARA DEMI ALLAH DAN RASULNYA.

BERJUANG TAK PERNAH SENANG.

OMBAK DERITA TIADA HENTI.

TENANG RESAH SILIH BERGANTI.

ITULAH SUNNAH ORANG BERJUANG!!!

MALAMNYA BAGAI RAHIB MERINTIH SAYU.

DIHIRIS DOSA AIRMATA.

SIANGNYA BAGAI SINGA DIRIMBA.

MEMERAH KERINGAT MENCURAH TENAGA.

ITULAH SUNNAH ORANG BERJUNAG DI JALAN ALLAH!!

BERJUANG MEMANG PAHIT.

KERANA SYURGA ITU MANIS.

BUKAN SEDIKIT MAHAR YANG PERLU DIBAYAR.

BUKAN SEDIKIT PEDIH YANG DITAGIH.

BERJUANG ERTINYA TERKORBAN.

RELA TERHINA KERNA KEBENARAN.

ANTARA DUA JADI PILIHAN.

DUNIA YANG FANA’ ATAU SYURGA.

deenworker.

Kediaman Omar Abdullah.

KG, Pokok Tampang.

Tasik Gelugor, Penang.

Wednesday, October 6, 2010

SUNGGUH! KUMENCINTAIMU SEPENUH HATI




Alhamdulillah Allah masih memberikan daku yang lemah ini untuk menulis dicelah-celah kesibukan seorang pelajar perakaunan. Pada post pada kali ini adalah khas untuk kuluahkan perasaan cintaku kepada keluargaku jauh di kampung halaman, Shah Alam.

Wahai walid dan umi, perlu kau ketahui bahawa aku amat bersyukur dilahirkan daripada darah daging kalian. Dan yang paling penting aku amat bersyukur kerana walid dan umi telah mendidikku berpaksikan syariat islam dan menuruti didikan Rasulullah mendidik anak-anaknya. Kesyukuran yang tidak terhingga apabila aku dilahirkan daripada mereka (walid & umi) yang bersatu tidak lain hanya untuk mencari redha Allah, tiada erti cinta sebelum melangkah kegerbang perkahwinan. Dan yang paling penting perlu kau ketahui disini, aku amat bahagia di saat ini kerana selama ini kau membesarkan aku dengan fikrah islamiyyah (kefahaman islam) dan menjadikan islam bukan hanya sebagai agama, tetapi sebagai cara hidup yang menyeluruh didalam keluarga kita. Sugguh, ia amat memberi kesan tentang caraku berfikir dan cara hidupku saat ini. Perlu diketahui disini, umiku adalah seorang graduan didalam bidang business admin dan walidku pula dalam bidang perakaunan tulen, begitulah istimewanya bagi mereka yang telah melalui proses didikan (tarbiyah) islamiyyah. Berbahagialah kalian didunia hingga akhirat.

Wahai adik-adikku yang abang cintai sepenuh hati. Kita amat beruntung kerana kita tidak perlu mencari fikrah (kefahaman) islam, tetapi telah diberikan secara tersusun dan bertahap oleh walid dan umi. Oleh itu, semestinya kita lebih baik daripada orang yang lain. Amat rugilah bagi sesiapa diantara kita yang berbangga dengan perkara ini, iaitu berbangga kerana dilahirkan dan dibesarkan didalam keluarga yang mempunyai kefahaman islam yang sebenar. tetapi yang lebih penting adalah untuk mempratikkannya dalam kehidupan seharian sehingga ia menjadi malaqah (darah daging) kita. Bagi mereka yang sedang melalui usia remaja, peliharalah usia tersebut daripada maksiat. Pada usia inilah kita akan diuji terutamanya dengan kehadiran wanita dan berkeinginan keatasnya (begitu juga dengan golongan wanita). Itu adalah fitrah, tetapi janganlah menukarkannya menjadi fitnah dek tergoda oleh hawa nafsumu. Usia ini adalah usia yang amat kritikal bagi seseorang, ia merupakan suatu zaman peralihan bagi setiap dari kita. Kerana abang telah dan sedang melaluinya saat ini, sungguh! Ia amat mencabar. Oleh itu, beruntunglah siapa yang dapat memelihara usia mudanya, kerana itulah antara soalan yang akan ditanya oleh Allah kelak.

Ditambah pula pada zaman ini, dimana arus jahiliyyah amat pekat dan deras serta ia sedang memerah iman kita menyebabkan ia (iman) sukar untuk bernafas. Jika tiada benteng yang kuat, hanyutlah kita didalamnya (jahiliyyah).hanya orang-orang yang luar biasa sahaja mampu tetap teguh diatas jalan ini. Pada hari ini, maksiat amat mudah dilakukan dengan kemunculan teknologi cyber dan ini akan merencatkan proses didikan (tarbiyah) yang sedang diberikan oleh umi dan walid. Oleh itu, sama-samalah kita saling lengkap-melngkapi.

Perlu diketahui disini bahawa walid dan umi bersatu dengan lafaz “aku terima nikahnya Sharifah Muznah Albar dengan mas kahwin….” bukanlah hanya untuk melahirkan zuriat sekadar mewarisi nasab keturunan. Tetapi yang lebih penting adalah melahirkan anak-anak yang mewarisi fikrah islam (kefahaman islam) yang telah hilang pada umat islam hari ini. Itulah sebab utama mereka bersatu. Mereka bersatu adalah untuk melahirkan insan yang dapat mengambalikan islam didalam kehidupannya dan masyarakat sekeliling. Oleh itu, ini mestilah menjadi visi dan misi kita jika ingin berkahwin (walimah) di suatu masa nanti.

Moga Allah menetapkan hati kita di atas jalan ini, sebenarnya article ini tidak terhad kepada keluarga saya sahaja, ia hanya sekadar kiasan. Oleh itu, marilah sama-sama kita membuat yang terbaik dalam setiap perkara didalam kehidupan. Dalam konteks pelajar buatlah yang terbaik dengan pelajaranmu. Kerana islam memerlukan orang-orang yang cemerlang didalam segenap aspek kehidupan.

Deenworker.

KTD, Pengkalan Chepa.

Kelantan.

Wednesday, September 15, 2010

KAWAN VS SAHABAT



Alhamdulillah kemeriahan Syawal masih terasa. Pada post kali ini saya ingin menekankan betapa perlunya seorang insan dengan orang disekelilingnya. Dengan kata lain betapa perlunya seseorang insan dengan sahabat disekelilingnya. Perlu ditekankan disini, perlunya kita kepada sahabat bukan kawan ya, tetapi sahabat. Jika bercakap tentang kawan, kita boleh mendapatkan ramai kawan dalam tempoh masa yang amat singkat. Sebagai contoh, kawan satu kelas, rakan sekerja, rakan sepermainan, dan rakan secourse. Tetapi jika anda mencari sahabat, amat sukar untuk ditemui, dan apabila anda telah bertemu dengannya. Sangat-sangat-sangat beruntunglah anda hidup didunia. Terasa manis bersamanya, itulah dia kemanisan ukuhuwwah.

Bagi saya, seorang sahabat terdiri daripada sekelompok manusia apabila kita bersamanya, merasai ketenangan dan kelazatan berukhuwwah hanya kerana Allah, dengan kata lain tiada kepentingan lain. Apabila kita bersamanya juga, kita dapat merasakan satu kekuatan yang dapat memelihara iman kita, seperti sahabat Rasullah yang merasa kuat (bermaksud kuat hubungan dengan Allah) apabila berdamping dengan rasulullah. Apabila melihat seorang sahabat, akan mengingatkan kita kepada Allah tuhan sekelian alam. Malah mereka (sahabat) ini amat peka terhadap kita dalam segenap sudut (termasuk tahap iman kita) dan mereka (sahabat) akan terguris hatinya apabila mendapat tahu yang kita melanggar larangan Allah dan tidak mengerjakan suruhannya. hati sahabat amat sensitif apabila mendapat tahu ada diantara kenalannya yang dahulunya bersama-sama dengannya mengejar redha Allah dan berusaha sedaya upaya menjadikan islam sebagai suatu cara hidup yang lengkap (way of life) kecundang dek kerana hasutan syaitan dan persekitaran jahiliyyah pada hari ini yang menyembelih iman kita. Gurauan sahabat bukan kerana ingin memalukan atau mengenakan kita, tetapi hanya untuk mewujudkan kemesraan diantara kita hanya kerana Allah, oh alangakah indahnya! Sahabat adalah mereka yang sedaya upaya meletakkan syara’ dihadapan dalam apa jua keadaan dan mengimpikan suatu hari nanti dunia ini dibawah payungan islam dan berusaha kearah itu. Apabila kita susah atau berada didalam kesempitan, sahabat orang yang pertama menghulurkan bantuan tanpa perlu dipinta. Mereka juga tidak lokek untuk menawarkan pertolongan hanya untuk mencari redha Allah.

Manakala seorang kawan hanyalah teman dikala kita senang dan akan meninggalkan kita apabila kita berada dalam keadaan susah. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya ini. Walauapun ada yang berkata kawannya baik dan beakhlaq serta tidak membuat perkara keji diatas. Perlu diketahui disini, bagi saya baik serta berkhlaq menurut kaca mata masyarakat belum cukup untuk menjadikan seseorang itu menggapai redha Allah. Bagi saya, mereka yang berakhlaq dengan akhlaq islam itu yang paling utama. Iaitu dengan sedaya upaya mengerjakan segala suruhan Allah dan menjauhi larangnnya. Apabila kita bersamanya, tidak mengingatkan kita kepada sang pencipta malah hati kita cenderung untuk melakukan dosa dek kerana iman telah tewas dengan nafsu. Mereka (kawan) tidak peka dengan keadaan iman kita, malah membiarkan kita larut dan terus hanyut dibawa oleh arus jahiliyyah yang amat deras pada hari ini.

Alhamdulillah saya bersyukur kerana telah dikurniakan sahabat (bukan kawan tapi sahabat) disekeliling saya(lebih dari seorang). Anda bagaimana? Jika belum berjumpa dengannya maka carilah, sungguh anda akan bahagia hidup di dunia. Jika anda pernah terjumpa dengannya (sahabat) suatu ketika dahulu tetapi sekarang tidak lagi, carilah ia kembali kerana anda berada dalam kerugian yang amat sangat. Sugguh! Dia (sahabat) sedang menunggu kehadiran anda. Jika anda telah berjumpa dengannya dan sedang mendampinginya ( keep close), maka anda amat beruntung kerana bukan senang untuk berjumpa dengannya (sahabat).

PEMANGKIN,

41050, SUBANG,

SELANGOR, MALAYSIA.

Friday, August 27, 2010

YOU WILL NEVER STAND ALONE


Alhamdulillah kita bertemu kembali di alam maya. Pada post kali ini saya ingin berkongsi sesuatu yang amat penting didalam kehidupan dan perkara ini juga boleh mengubah corak pemikiran kita.

Walau sehebat dan setinggi manapun kita, kita tidak akan mampu untuk survive jika kita hanya berseorangan. Manusia amat memerlukan orang disekelilingnya untuk mengingatkannnya apabila terleka, membantunya apabila diperlukan bantuan dan saling ingat memperingati. Oleh itu, mahu tidak mahu kita seharusnya hidup didalam kumpulan atau didalam perkataan arabnya disebut jamaah. Didalam kehidupan, manusia amat perlu kepadanya.

Kumpulan yang saya maksudkan adalah satu kumpalan yang sangat istimewa. Kumpalan yang dianggotai oleh mereka yang merasai kemanisan persaudaraan (ukhuwwah) kerana Allah, terdiri daripada ahlinya yang menghayati dan dan mengamalkan islam sebagai satu cara hidup yang lengkap didalam kehidupan mereka sehingga merasakan Allah begitu karib dengan mereka, kumpulan yang terdiri daripada ahli-ahlinya yang mengukirkan sebuah harapan yang menjulang tinggi agar suatu masa nanti dunia ini dinaungi di bawah payungan islam yang sebenarnya. Anggota-anggota kumpulan ini terdiri daripada mereka yang merindui Susana yang boleh menghidupkan hati, maka mereka ini berusaha keras agar kehidupan mereka dikelilingi oleh satu suasana yang unik dan baik (bi’ah solehah). Kumpulan ini juga terdiri daripada mereka yang mampu berkorban masa dan harta dalam menjalankan aktiviti yang meletakkan syara’ dihadapan. Anggota kumpulan ini menginginkan orentasi kehidupan difokuskan dengan ‘ubudiyyah kepada Allah.

Anggotanya juga berusaha sekerasnya-kerasnya mencontohi Generasi awal yang diproses dengan didikan oleh Madrasah Rasulullah. Generasi yang menjadi qudwah utama dalam mempraktikkan deen islam didalam kehidupan, mereka inilah generasi alquran yang unik.

Fitrah manusia memang memerlukan kumpulan untuk mereka bergerak. Jika kita kembali kepada sirah, adakah rasulullah menjalankan kerja islam seorang diri? Tidak sama sekali!..malah baginda adalah seorang arkitek mahupun engineer yang berjaya memproses dan membentuk manusia untuk bekerja bersama-sama beliau. Beliau mampu membentuk manusia seperti Saidina Umar yang terkenal dengan kekejamannya ketika zaman jahiliyyahnya sehingga menjadi salah seorang pendukung islam. Maka terbinanya satu jamaah islamiyah yang berfokuskan supaya setiap jiwa yang ada di atas muka bumi pada ketika itu disinari dengan cahaya hidayah Allah. Impaknya, islam telah Berjaya menaungi dua pertiga dunia pada zaman kegemilangannya. Adakah kerja-kerja ini mampu dipikul seorang diri? Tidak sama sekali.

Banyak kita lihat, tokoh-tokoh yang bergerak seorang diri tidak tahan lama diatas jalan dakwah, kerana jahiliyyah yang berada mengilingi kita terlalu pekat sehingga memerah iman kita dan menyebabkan iman kita sukar untuk bernafas. Andaikan jika kita berada didalam kumpulan, jika kita lemah, ada sahabat yang menguatkan kita, jika kita tersungkur, ada yang berusaha untuk menarik kita kembali dan jika kita tercicir diatas jalan ini, ada insan yang sanggup memimpin tangan kita kearah jalan yang diredhai allah. Maka lahirlah deen worker yang unik dan hebat. Lihatlah betapa perlunya kita duduk secara berjamaah.

Saya mengibaratkan mereka yang bersendirian ini seperti berlawan bola sepak dengan suatu kumpulan yang tekenal dengan kehebatannya, adakah logik orang tersebut akan menang. Cuba bayangkan, dialah yang perlu score goal, dialah juga yang perlu menahan bola agar tidak masuk ke gawangnya. Adalah satu kepastian yang akan berlaku, iaitu orang tersebut akan kalah dan membuat kerja yang sia-sia. Berbanding dengan bermain dalam satu pasukan yang kuat kerjasama diantara ahli pasukan dan berhadapan dengan pasukan lain terkenal dengan kehebatannya, kemungkinan besar pasukan tadi boleh mengalahkan pasukan hebat tersebut. Perlu diketahui bahawa jahiliyyah ini adalah suatu tarikan yang terlalu kuat yang hanya dapat ditumpaskan oleh kumpulan atau jamaah seperti kumpulan yang diproses oleh didikan rasulullah.

Oleh itu, bagi mereka yang belum berjumpa dengan kumpulan seperti ini, maka carilah, sesungguhnya anda akan temukan sesuatu yang amat bermakna lebih daripada dunia dan seisinya. Bagi mereka yang pernah bergerak dididalam kumpulan seperti ini, tetapi sudah ‘bersara’ di tengah jalan, maka saya merayu carilah ia kembali kerana anda berada dalam kerugian yang sangat besar. Bagi mereka yang sedang bergerak didalam kumpulan seperti ini dan merasai kemanisan duduk didalamnya, maka kekalkanlah kerana anda sedang menuju redha Allah.

Deenworker,

Kolej Teknologi Darulnaim,

16100, Pengkalan Chepa,

Kelantan, Malaysia.

Thursday, August 26, 2010

MY HEART


Assalamualaikum, pertama dan selamanya marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah swt tanpa rasa jemu. Kerana dengan izinnya, kita masih lagi diberi nikmat untuk bernafas dalam rangka untuk ber’ubudiyah atau memperhambakan diri hanya sanya kepada Allah dalam erti kata yang sebenar, kita masih diberikan oleh Allah dua nikmat yang terbesar, iaitu nikmat islam, nikmat iman dan Allah masih lagi membenarkan kita duduk didalam tarbiyyah islam, alangkah ruginya jika manusia terlepas daripada nikmat-nikmat tersebut, firman Allah “maka nikmat tuhanmu yang manakah telah kamu dustakan”surah Ar-rahman. Tidak lupa juga kepada junjungan mulia Muhammad Rasullullah, rasul dakwah juga rasul tarbiyyah, kerana baginda telah mengorbankan seluruh umur baginda, darah baginda, peluh baginda, dan harta baginda dalam menyampaikan islam kepada kita, masyaallah besarnya pengorbanan baginda kepada kita.

Pada pertemuan kali ini saya ingin membawa para pembaca sekalian menyelami satu ediologi yang hanya boleh difahami dengan menggunakan mata hati.

Pada era pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, ketika waktu maghrib, para muslimin sedang berjalan menuju masjid berdekatan bagi melaksanakan solat berjamaah. Pada senja itu bulan penuh, oleh itu, cahaya bulan menerangi setiap lorong di tanah naungan islam yang diberkati oleh Allah. Berdekatan dengan masjid, kelihatan seorang pemuda sedang mundar-mandir bagaikan mencari sesuatu. Seorang pemuda bernama Othman dalam lingkungan umur 20-an yang dalam perjalanan ke masjid bagi menunaikan solat berjamaah berselisih dan menegur sipemuda yang sedang mundar-mandir tersebut ”wahai saudaraku apa yang anta cari?” tanya Othman kepada pemuda tersebut. ”ana sedang mencari anak kunci ana yang hilang” jawab pemuda tersebut. ”semoga Allah menemukannya untuk anta wahai saudaraku” balas Othman dan meneruskan perjalanannya ke masjid.

Setelah para jamaah selesai mengerjakan solat dan berwirid, para muslimin beransur pulang ke rumah kediaman masing-masing. Begitu juga dengan Othman, sedang dia dalam perjalanan pulang, dia nampak sipemuda itu mundar-mandir di tempat yang sama. Lalu Othman menghampiri pemuda tersebut ”wahai saudaraku, anta belum menemui anak kuncimu, hilang di mana, boleh saya tolong mencarinya untuk anta?” tanya Othman ingin membantu. Pemuda tersebut memandang Othman ”anak kunciku hilang didalam rumah” jawab pemuda tersebut dengan bersahaja. Othman bingung, ”kalau begitu kenapa anta cari disini wahai saudaraku?” tanya Othman dengan nada sedikit terkejut. ”ini kerana di rumahku gelap, tetapi di kawasan ini terang dengan cahaya bulan, sebab itu ana mencarinya di sini.” jawab pemuda tersebut dengan nada bersahaja.

Para pembaca yang budiman sekalian, ediologi diatas sebenarnya amat senonim dengan realiti masyarakat pada hari ini.

’anak kunci’ yang hilang tersebut boleh dinisbahkan dengan hati kita. Pada era ini terlalu banyak hati-hati umat yang sedang sakit tenat, kerana tidak kembali kepada jalan kebenaran. Masyarakat hari ini cuba mengubati hati mereka yang tenat dengan bercinta dengan perempuan bukan mahram, pergi ke kelab-kelab malam, minum arak, berzina dan sebagainya. Ini adalah untuk membahagiakan hati mereka kononnya. Mereka sangka mereka gembira, mereka sangka hati mereka sudah terubat. sebenarnya tanggapan mereka tersasar jauh, sebenarnya mereka sedang meracuni hati mereka sendiri, membiarkan hati mereka bernanah dan semakin parah. Seperti si pemuda tadi, untuk apa dia mencari anak kuncinya di tempat lain sedangkan ia hilang di tempat yang berlainan, tidakkah kerja tersebut hanya sia-sia. Samalah juga dengan keadaan masyarakat pada hari ini. Sebagai contoh, orang yang sedang menderita demam panas, apabila melihat hujan turun dengan lebatnya dia pergi bermandi hujan dengan harapan demamnya akan sembuh. Mana mungkin demamnya akan sembuh, malah demam itu akan menjadi semakin teruk, bukankah sepatutnya dia pergi mencari ubat di hospital-hospital untuk merawat demamnya.

Pembaca yang budiman,

Samalah dengan hati kita, apabila seseorang itu ingin merawat hatinya sedang sakit dengan bercumbu-cumbuan dan sebagainya dengan harapan hatinya akan pulih adalah satu kesilapan besar. Allah berfirman ”dengan memperingati Allah hati akan menjadi tenang.”. ayat ini membuktikan, salah satu ubat bagi mengubati hati yang parah ialah dengan mengingati Allah dan mengenalinya. Insyaallah apabila seseorang itu melakukan perkara-perkara ini, sesungguhnya hati-hati mereka benar-benar sembuh.

Mengenali Allah dalam erti kata sebenar. Bukan hanya kenal Allah itu tuhan dan berhenti setakat itu sahaja. Tetapi mengenalinya dengan berta’aruf yang mendalam dengannya. Mengetahui dan melakukan suruhan dan larangan Allah. Mengindari kemurkaan Allah dan menagih keredhaan Allah. Membaca dan menghayati isi Alquran serta ajaran yang terkandung didalamnya.

Wednesday, August 25, 2010

THE HEART CHARGER


Setinggi-tinggi kesyukuran saya

panjatkan kepada Allah kerana sudah diberikan kekuatan olehnya untuk kembali berkarya di alam maya ini, setalah lama menyepi.

Saya ingin membawa anda dengan suatu benda yang sangat mudah dan sering mendampingi kita saban h

ari. Perkara ini telah dicetuskan oleh mentor saya iaitu Abang ‘Ali Irfan yang saya kasihi. Bagaimanakah telefon bimbit yang anda sayangi

itu berfungsi? Dengan adanya kuasa betteri bukan? Jika kuasa betterinya sudah ‘weak’, langsung tidak akan berfun

gsi sama sekali, tidak kiralah secanggih dan semahal manapun hand phone tersebut melainkan ia di cas semula.

Pembaca sekalian,

begitu jugalah dengan keadaan hati kita, walaupun setinggi dan sehebat manapun kedudukan kita di mata manusia, jika hati ini ‘weak’ pasti tidak akan berfungsi dengan erti kata cahaya hidayah tidak akan menembusinya. Maka charger bagi hati kita adalah pertemuan yang mengingatkan kita kepada yang ESA. Pertemuan yang tetap dalam lingkungan seminggu sekali. Charger hati yang dimaksudkan adalah pertemuan didalamnya membincangkan hakikat kejadian alam dan keagungan sang pencipta. Kadang-kadang istilah yang digunakan bagi pertemuan ini adalah usrah, halaqah, PESAT (di tempat saya belajar), liqo’, mentor mentee, dan bermacam-macam lagi istilah yang digunakan membawa erti yang sama.

saya menganggab pertemuan ini seperti charger bagi hati menunjukkan ia adalah satu pertemuan yang sangat penting bagi menjamin keberlangsungan fungsi hati. Sama juga seperti hand phone, charger merupakan suatu komponen yang wajib bagi memastikan ‘device’ itu berfungsi.

Saya mewajibkan diri saya untuk menghadiri pertemuan seperti ini seminggu sekali sekurang-kurangnya. Jika saya bercuti sekalipun (cuti semester) saya akan berusaha untuk mencarinya. Ini adalah kerana, ia merupakan sumber kekuatan bagi seorang insan. Ia merupakan nadi kehidupan yang diredhai Allah. Ini kerana dengan adanya pertemuan ini, kita akan lebih perform dalam segenap aspek kehidupan seperti belajar kita kehadapan, pengurusan diri dan masa kita cekap, hubungan dengan Allah terjamin, hubungan dengan manusia sekeliling kita akan terjaga dan terasa manisnya hubungan (ukhuwwah) tersebut, dan kita akan sentiasa bersemangat serta tenang pada minggu tersebut. Bagi saya, jika saya gagal untuk menghadirkan diri saya didalam pertemuan tersebut dalam tempoh seminggu, maka secara automatic jiwa saya akan lemah, study akan jatuh menjunam pada minggu tersebut, seakan-akan hilang tujuan tujuan hidup, dan hubungan dengan Allah apatah lagi. Kerana apa, kerana hati kita sudah ‘weak’ dan perlu di charge semula.

Oleh itu, kepada rakan-rakan pembaca yang saya kasihi, jika anda belum mempunyai pertemuan seperti ini maka carilah ia, pasti anda akan terasa manis dengannya. Jika anda pernah mengikuti pertemuan seperti dahulunya dan sekarang tidak lagi, maka carilah ia kembali kerana sungguh! Anda berada dalam kerugian yang besar. Jika anda mempunyai dan sedang mengikuti pertemuan seperti ini, commit lah dengannya kerana anda berada dalam suasana kehidupan yang dinamik.

Seorang hamba, DEENWORKER.

deenworker.blogspot.com,

Kolej Teknologi Darulnaim (KTD),

Pengkalan Chepa, Kelantan.