Thursday, August 26, 2010

MY HEART


Assalamualaikum, pertama dan selamanya marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah swt tanpa rasa jemu. Kerana dengan izinnya, kita masih lagi diberi nikmat untuk bernafas dalam rangka untuk ber’ubudiyah atau memperhambakan diri hanya sanya kepada Allah dalam erti kata yang sebenar, kita masih diberikan oleh Allah dua nikmat yang terbesar, iaitu nikmat islam, nikmat iman dan Allah masih lagi membenarkan kita duduk didalam tarbiyyah islam, alangkah ruginya jika manusia terlepas daripada nikmat-nikmat tersebut, firman Allah “maka nikmat tuhanmu yang manakah telah kamu dustakan”surah Ar-rahman. Tidak lupa juga kepada junjungan mulia Muhammad Rasullullah, rasul dakwah juga rasul tarbiyyah, kerana baginda telah mengorbankan seluruh umur baginda, darah baginda, peluh baginda, dan harta baginda dalam menyampaikan islam kepada kita, masyaallah besarnya pengorbanan baginda kepada kita.

Pada pertemuan kali ini saya ingin membawa para pembaca sekalian menyelami satu ediologi yang hanya boleh difahami dengan menggunakan mata hati.

Pada era pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, ketika waktu maghrib, para muslimin sedang berjalan menuju masjid berdekatan bagi melaksanakan solat berjamaah. Pada senja itu bulan penuh, oleh itu, cahaya bulan menerangi setiap lorong di tanah naungan islam yang diberkati oleh Allah. Berdekatan dengan masjid, kelihatan seorang pemuda sedang mundar-mandir bagaikan mencari sesuatu. Seorang pemuda bernama Othman dalam lingkungan umur 20-an yang dalam perjalanan ke masjid bagi menunaikan solat berjamaah berselisih dan menegur sipemuda yang sedang mundar-mandir tersebut ”wahai saudaraku apa yang anta cari?” tanya Othman kepada pemuda tersebut. ”ana sedang mencari anak kunci ana yang hilang” jawab pemuda tersebut. ”semoga Allah menemukannya untuk anta wahai saudaraku” balas Othman dan meneruskan perjalanannya ke masjid.

Setelah para jamaah selesai mengerjakan solat dan berwirid, para muslimin beransur pulang ke rumah kediaman masing-masing. Begitu juga dengan Othman, sedang dia dalam perjalanan pulang, dia nampak sipemuda itu mundar-mandir di tempat yang sama. Lalu Othman menghampiri pemuda tersebut ”wahai saudaraku, anta belum menemui anak kuncimu, hilang di mana, boleh saya tolong mencarinya untuk anta?” tanya Othman ingin membantu. Pemuda tersebut memandang Othman ”anak kunciku hilang didalam rumah” jawab pemuda tersebut dengan bersahaja. Othman bingung, ”kalau begitu kenapa anta cari disini wahai saudaraku?” tanya Othman dengan nada sedikit terkejut. ”ini kerana di rumahku gelap, tetapi di kawasan ini terang dengan cahaya bulan, sebab itu ana mencarinya di sini.” jawab pemuda tersebut dengan nada bersahaja.

Para pembaca yang budiman sekalian, ediologi diatas sebenarnya amat senonim dengan realiti masyarakat pada hari ini.

’anak kunci’ yang hilang tersebut boleh dinisbahkan dengan hati kita. Pada era ini terlalu banyak hati-hati umat yang sedang sakit tenat, kerana tidak kembali kepada jalan kebenaran. Masyarakat hari ini cuba mengubati hati mereka yang tenat dengan bercinta dengan perempuan bukan mahram, pergi ke kelab-kelab malam, minum arak, berzina dan sebagainya. Ini adalah untuk membahagiakan hati mereka kononnya. Mereka sangka mereka gembira, mereka sangka hati mereka sudah terubat. sebenarnya tanggapan mereka tersasar jauh, sebenarnya mereka sedang meracuni hati mereka sendiri, membiarkan hati mereka bernanah dan semakin parah. Seperti si pemuda tadi, untuk apa dia mencari anak kuncinya di tempat lain sedangkan ia hilang di tempat yang berlainan, tidakkah kerja tersebut hanya sia-sia. Samalah juga dengan keadaan masyarakat pada hari ini. Sebagai contoh, orang yang sedang menderita demam panas, apabila melihat hujan turun dengan lebatnya dia pergi bermandi hujan dengan harapan demamnya akan sembuh. Mana mungkin demamnya akan sembuh, malah demam itu akan menjadi semakin teruk, bukankah sepatutnya dia pergi mencari ubat di hospital-hospital untuk merawat demamnya.

Pembaca yang budiman,

Samalah dengan hati kita, apabila seseorang itu ingin merawat hatinya sedang sakit dengan bercumbu-cumbuan dan sebagainya dengan harapan hatinya akan pulih adalah satu kesilapan besar. Allah berfirman ”dengan memperingati Allah hati akan menjadi tenang.”. ayat ini membuktikan, salah satu ubat bagi mengubati hati yang parah ialah dengan mengingati Allah dan mengenalinya. Insyaallah apabila seseorang itu melakukan perkara-perkara ini, sesungguhnya hati-hati mereka benar-benar sembuh.

Mengenali Allah dalam erti kata sebenar. Bukan hanya kenal Allah itu tuhan dan berhenti setakat itu sahaja. Tetapi mengenalinya dengan berta’aruf yang mendalam dengannya. Mengetahui dan melakukan suruhan dan larangan Allah. Mengindari kemurkaan Allah dan menagih keredhaan Allah. Membaca dan menghayati isi Alquran serta ajaran yang terkandung didalamnya.

1 comment:

  1. hmm...btul3 (suara upin ipin)
    neway, perkongsian yg baek.. teruskan mnyebar kebenaran.. ^_^
    ~onepeace~

    ReplyDelete