Monday, April 20, 2009

islam and organization




Pertama dan selamanya marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kita kepada Allah, kerana kita harus rasa dengan limpah kunianya dan izinnya kita masih lagi dapat bernafas di bawah keberkatan Allah. Kita juga mengatur syukur yang tidak terhitung kepada Al-khaliq kerana kita masih lagi melului proses yang telah dilalui oleh para nabi iaitu proses tarbiyah islamiyah.tidak lupa juga kepada junjungan besar Muhammad Rasullah, rasul dakwah dan rasul tarbiyah kerana baginda telah mengorbankan seluruh hidup baginda dengan menyediakan satu manhaj (cara hidup ) yang tidak boleh ditutup walaupun dengan sebesar zarah debu. Ini adalah untuk melihat islam tertegak di bumi barakah ini.

 

Pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

 

Sesetengah pejuang islam berjuang melalui sesuatu platform, akan memperkecilkan usaha dakwah pendakwah lain yang tidak melalui wadah yang sama dengan mereka. Sebagai contoh, kerap kita melihat kejumudan minda beberapa individu yang berjuang islam melalui politik kepartian, lalu diremehkan dan dikutuk semua yang tidak berjuang islam melalui politik terangan seperti mereke. Dicemuh kononnya ‘tercicir’ dari jalan dakwah. Apa yang mereka ingat dakwah itu khas buat mereka, tertipu sungguh mereka dengan permainan persaan oleh syaitan.

 

Astaghfirullahlah, tidak sedarkah mereka ia satu penyakit ‘ujub merasa diri hebat dengan jalan perjuangan itu. Memperjuangkan islam mempunyai cara yang amat luas dan pelbagai, tidak perlu semua mengikuti rentak dan cara yang sama, kaedah perlu dipelbagai sesuai dengan kumpulan sasaran.

Bahkan berjuang islam melalui politik kepartian itu sendiri amat luas skopnya, dan bukan hanya dengan berterus-terang sebagai ahli dan pimpinan parti tertentu. Berceramah di musim pilihan raya atas pentas, berdemonstrasi aman, menyerah memorandum, mengulas isu politik kepartian dengan berterus-terang dan lain-lain atas nama parti. Inilah sahaja yang dikategorikan sebagai ‘berani’ dan berjuang islam’ oleh segelintir mereka.

 

Kita dapat lihat di era ini, begitu ramai ulama berperanan walaupun tanpa komited dengan parti politik kepartian tertentu. Seperti Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardawi, Syeikh Dr. Wahbah Az-Zuhayli, Dr. Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi. Buku tulisan mereka, kertas kerja pembentangan mereka tersebar seluruh dunia dan dimanfaatkan oleh kawan mahupun lawan.                                                                                   




Tidak dinafikan ramai juga yang mengambil jalan politik kepartian seperti Syeikh Dr. Abdullah Azzam, Dr. Muhd Abu Faris, Syeikh Dr. Hammam Sa’id dan ramai lagi.  Justeru itu, kedua-duanya mempunyai faedah dan kelebihan masing-masing, menafikan usahakan kedua-dua cara adalah kejahilan yang menyedihkan.

 

Apa yang penting untuk difahami, biarlah setiap orang berjuang dengan cara mereka. Anda tidak tahu manakah yang lebih utama, berjasa dan lebih ikhlas di sisi Allah SWT. Ada yang berjuang islam melalui politik, teruskan. Ada yang mengambil jalan akedemik, ada yang ikuti jalan NGO, korporat, motivasi, sekolah, tadika, menyediakan perniagan dan makanan halal dan lain-lain. Setiap satu melengkapi antara satu sama lain. Mana yang terbaik disisi Allah, ia bergantung kepada dalaman, usaha bersungguh-sungguh dan keikhlasan si pendakwah.





Allah SWT berfirman yang bermaksud “katakanlah, tiap-tiap orang berbuat amalan menurut keadaanya masing-masing. Maka tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalanya”. (Al-Isra :84 )   

 

Ibn Abbas menyatakan erti “syakilatihi” “dalam ayat ertinya sudut masing-masing”, manakala sebahagian lain mengatakan berdasarkan niat masing-masing ( At-Tabari, 15/154; Al-Qurtubi, 10/322 )

 

Buat pihak yang suka dan berhasrat untuk mengutuk kerja dan usaha baik orang lain, sadarilah anda sebenarnya sedang melakukan dosa dan menjauhkan orang dari islam dan hidayah Allah. Disebutkan dalam sebuah hadis :

“janganlah kamu mencela apa jua perkara kebaikan ( yang dilakukan), walaupun hanya sekadar seseorang bertemu saudaranya dengan wajah yang senyum dan riang”. ( Riwayat Ahmad, dari hadis Jabir, no 19717 )

 

Justeru, apa jua kebaikan yang mampu diusahakan oleh seseorang, kita ditegah untuk memperlekehkannya.-deenworker (deenworker.blogspot.com).