Thursday, August 18, 2011

SERAHKAN SEGALANYA PADA ALLAH




Alhamdulillah Allah masih berikan nikmat untuk duduk dialam bulan penuh keampunan ini. jika anda diselubungi satu persoalan atau pilihan yang sangat besar dalam hidup, kebiasannya apa yang anda lakukan?

bukankah adalah lebih baik untuk kita terus menerus memohon petunjuk itu hanya dari Allah semata-mata tanpa ada niat yang lain. ini sangat penting kerana kita sendiri tidak mengetahui apa yang baik untuk kita, hanya Allah yang mengatur segala - galanya. Oleh itu, jika kita terpaksa membuat apa - apa keputusan, janganlah jemu untuk menagih petunjuk dari Allah. yakinlah dengan keputusan Allah!

Tika mana Ramadhan yang mulia ini doa mudah dimakbulkan, janganlha jemu meminta petunjuk darinya dalam apa jua keputusan yang bakal dilakukan, sungguh DIA ada perancangan yang terbaik. Bila mana kita berhadapan dengan pilihan & keputusan yang sangat besar & sukar untuk membuat pilihan, ini lah masa yang paling idle untuk istikhoroh memohon petunjuk hanya darinya, tanpa ada anasir - anasir yang lain.

P/S : sebenarnya entry ringkas ini adalah khusus untuk memotivasi saya sendiri, moga allah beri yang terbaik (sangat-sangat memohon agar ditunjukan jalan saat ini) . Jika ada diantara anda yang mengalami keadaan di atas, jangan tangguh lagi inilah masanya untuk anda meminta darinya.

Saturday, August 13, 2011

PERASAAN ITU..



Alhamdulilah, alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah masih izinkan saya merintis jalan perjuangan sukar ini walaupun kebelakangan ini tekanan mengesak dada ini memaksa aku dan sahabat-sahabat melakukan sesuatu demi menjamin kelancaran perjalanan da’wah & tarbiyah di tempatku berada saat ini. Sungguh, walau apa dan siapa mengalang, kami tidak akan sekali-kali gentar kerana kami berkeyakin dengan janji Allah. Kerana kami amat yakin Allah inginkan proses kematangan kami segera kerana peperangan dengan taghut sebenar menanti kami diluar sana.

Bagi seorang daie, adalah normal bekerja didalam stuasi di atas, kerana itu sunnatullah. Tetapi, apabila Allah menguji lagi dengan satu ujian iaitu perasaan cinta yang hadir belum tiba masa yang sesuai. Iaitu sikumbang yang tertaut pada si bunga di taman. Memag tidak dinafikan, ini adalah suatu perasaan fitrah anugerah Allah bagi lelaki di usia remaja, ditambah lagi dengan tahun akhir pengajian. Memang adalah satu keperluan untuk merancang tentang baitul da’wah yang bakal dibina bagi menjamin kesinambunagn perjalanan deen ini di masa depan. Sungguh, saya teruji dengan dua perkara ini di saat ini.

Sesungguhnya perasaan itu hadir adalah fitrah tetapi perlu dilorongkan kepada lorongan yang dipagari dengan syariat agar kesuciannya terjaga. Apa yang saya bimbangkan kepada mereka yang diuji dengan perkara ini ialah (saya pasti bukan saya seorang yang teruji) gerak kerja menjadi terbantut oleh kerana hal ini. Ketahuilah, nafas da’wah ini sangat panjang amat rugi seorang daie apabila ia dicemari oleh perasaan yang kalau tidak dikawal yang boleh merosakkan amal kerana dihadapan kita pasti lebih banyak ujian yang menanti. oleh itu, tolong jangan mengorbankan hatimu disaat itu kerana islam pada hari ini menuntut kita untuk pergi lebih jauh demi menggapai cinta yang lebih agung iaitu cinta Allah. Saya kepilkan suantai madah daripada ahli sufi, Abdul Ghani.

Ya Allah….Ya Rahman.t..Ya rahim..

Allahu rabbi aku minta izin,

Bila saat aku jatuh cinta,

Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang,

Hingga membuatku lalai akan adanya Engkau.


Allahurabbi aku punyai pinta,

Bila suatu saat aku jatuh cinta,

Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu,

Yang tidak terbatas,

Biar rasaku pada-Mu tetap utuh.

Allahu Rabbi,

Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati,

Pertemukanlah kami,

Berikanlah kami kesempurnaan,

Untuk lebih mendekati cinta-Mu dan saling menyintai kerana-Mu.


Allahu Rabbi,

Pintaku yang terakhir adalah,

Seandainya aku jatuh hati, jangan pernah kau paling wajahmu-Mu dariku,

Anugerakanlah aku cinta-Mu,

Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.

P/S- kepada si ‘dia’, ayuhlah fokus untuk terus menghirup nafas segar fikrah islam yang jernih ini demi menggapai redha –Nya dengan terus istiqomah mempersiapkan diri masing - masing. Insyaallah dengan izinnya, apabila waktu itu tiba, Allah akan susun untuk kita bersama, moga ia menjadi booster (bahan pelonjak) didalam beramal dengan penuh kebahagian. Moga zuriat kita yang bakal lahir akan mewarisi fikrah ini.