Thursday, January 1, 2009

DUHAI PALESTIN






Marilah sama-sama kita mengatur jutaan syukur kita kepada Allah swt, kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya dapat lagi diberikan kesempatan kepada kita menghirup udara segar bersama kelazatan islam dan kemanisan iman. Tanggal 28 Disember adalah hari yang amat menyedihkan bagi bumi yang mulia yakni bumi Palesrtin. Pada hari itu juga seluruh penduduk dunia yang menjadi hak mutlaq Allah merasai kesedihan ini khususnya umat islam.

Kedengaran suara jeritan dan gelak ketawa kanak-kanak Gaza di taman-taman permainan, di pasar-pasar kelihatan peniaga-peniaga yang sedang sibuk menawarkan harga barang dagangan mereka, dan tidak ketinggalan juga para ibu bapa di rumah yang sedang mengisi hujung minggu mereka di kem-kem pelarian bersama keluarga.

Tidak sampai 10 minit keriangan ini hilang, keriangan ini telah dirampas oleh maknusia rakus yang berhati binatang iaitu tentera Israel sebagai pendatang haram Palestin dan sekutu rapatnya Amerika. Mereka ini telah merampas kegembiraan kanak-kanak yang barada di taman-taman permainan kepada jeritan kerana melihat sendiri ahli keluarga mereka lain gugur sebagai syahid, para peniaga yang sedang sibuk menawarkan harga barang dagangan telah syahid di hadapan pelanggan-pelanggannya, dan ibu bapa di rumah yang sedang bergembira bersama keluarga di bom, akibat serangan udara yang dilancarkan oleh Israel. Serangan ini mengakibatkan 300 orang terkorban dan 780 lagi cedera dalam masa 24 jam. Pesawat tempur Negara yahudi itu menyerang 250 sasaran di Gaza kurang daripada 10 minit. Kawasan yang deserang oleh anjing-anjing jadian ini ialah ibu pejabat keselamatan Hamas, Masjid As-syifa’, stesen televisyen, trak bekalan minyak, dan gudang farmasi adalah antara yang diserang oleh tentera laknatullah ini. Israel menamakan kempen terbaru ketenteraannya di Gaza sebagai ‘Operation Cast Lead’. Hamas pula menyerang balas dengan menghantar150 roket dan motar yang menyebabkan satu orang terbunuh dan beberapa lagi cedera. Mereka menganggap kaum selain dari Yahudi ialah binatang oleh itu boleh dibunuh dan diseksa sesuka hati.
Inilah pengganas yang sebanar, mengapa perlu tentera Yahudi menyerang masjid, farmasi yang membekalkan bekalan ubat kepada hospital-hospital, dan mereka juga menyerang kem-kem pelarian yang didiami oleh orang awam sepenuhnya. Merka yang tercedera dibawa ke rumah sakit tanpa diberikan apa-apa rawatan kerana kehabisan bekalan ubat. Ribuan kanak-kanak dalam sekelip mata menjadi yatim piatu. Demi Allah dunia ini menyaksikan keganasan mereka dan umat islam berikrar akan bangkit menentang kembali. Perlu diingatkan, isu Palestin adalah isu semua, tidak kira islam atau tidak, tidak kira badan kerajaan atau bukan badan kerajaan, dan tidak kira parti pembangkang atau parti kerajaan. Kita wajib berkerjasama dalam isu Palestin.


Mari kita beralih ke bumi tercinta. Apa yang kita lakukan? Adakah timbul persaan benci kepada Israel dan Amerika? Apakah tindakan kita? Mengapa ada diantara kita yang sanggup bergembira dalam menyambut tahun baru dengan dentuman-dentuman bunga api yang tidak memberikan apa-apa makna kepada islam? Mana maruah kita sebagai seorang muslim apabila melihat saudara kita di Palestin diserang dengan kejam? Tidakkah kita mempunyai sedikit sensetiviti? Alangkah baiknya jika wang yang dibelanjakan untuk menyambut tahun baru ini dihantar ke Palestin untuk menentang Israel dan Amerika.

Sememangnya kita tidak mampu untuk untuk berjuang disana kerana factor jarak dan sebagainya.
Oleh itu marilah sama-sama kita boikot barangan atau makanan mereka. Demi Allah jika kita tidak membeli barangan atau perkhidmatan rejim zionis dan sekutunya, insyaallah pasti kemenangan berpihak kepada islam. Janganlah kita menjadi antara penyumbang kepada mereka. Marilah sama-sama kita menadah tangan dan berdoa kepada Allah supaya Allah mematahkan serangan pengganas yahudi. Dengan sumbangan kita yang sedikit ini, insyaallah dapat membantu mereka. Moga-moga hidup kita sentiasa deberkati oleh rabb sekalian alam. Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment