Friday, August 27, 2010

YOU WILL NEVER STAND ALONE


Alhamdulillah kita bertemu kembali di alam maya. Pada post kali ini saya ingin berkongsi sesuatu yang amat penting didalam kehidupan dan perkara ini juga boleh mengubah corak pemikiran kita.

Walau sehebat dan setinggi manapun kita, kita tidak akan mampu untuk survive jika kita hanya berseorangan. Manusia amat memerlukan orang disekelilingnya untuk mengingatkannnya apabila terleka, membantunya apabila diperlukan bantuan dan saling ingat memperingati. Oleh itu, mahu tidak mahu kita seharusnya hidup didalam kumpulan atau didalam perkataan arabnya disebut jamaah. Didalam kehidupan, manusia amat perlu kepadanya.

Kumpulan yang saya maksudkan adalah satu kumpalan yang sangat istimewa. Kumpalan yang dianggotai oleh mereka yang merasai kemanisan persaudaraan (ukhuwwah) kerana Allah, terdiri daripada ahlinya yang menghayati dan dan mengamalkan islam sebagai satu cara hidup yang lengkap didalam kehidupan mereka sehingga merasakan Allah begitu karib dengan mereka, kumpulan yang terdiri daripada ahli-ahlinya yang mengukirkan sebuah harapan yang menjulang tinggi agar suatu masa nanti dunia ini dinaungi di bawah payungan islam yang sebenarnya. Anggota-anggota kumpulan ini terdiri daripada mereka yang merindui Susana yang boleh menghidupkan hati, maka mereka ini berusaha keras agar kehidupan mereka dikelilingi oleh satu suasana yang unik dan baik (bi’ah solehah). Kumpulan ini juga terdiri daripada mereka yang mampu berkorban masa dan harta dalam menjalankan aktiviti yang meletakkan syara’ dihadapan. Anggota kumpulan ini menginginkan orentasi kehidupan difokuskan dengan ‘ubudiyyah kepada Allah.

Anggotanya juga berusaha sekerasnya-kerasnya mencontohi Generasi awal yang diproses dengan didikan oleh Madrasah Rasulullah. Generasi yang menjadi qudwah utama dalam mempraktikkan deen islam didalam kehidupan, mereka inilah generasi alquran yang unik.

Fitrah manusia memang memerlukan kumpulan untuk mereka bergerak. Jika kita kembali kepada sirah, adakah rasulullah menjalankan kerja islam seorang diri? Tidak sama sekali!..malah baginda adalah seorang arkitek mahupun engineer yang berjaya memproses dan membentuk manusia untuk bekerja bersama-sama beliau. Beliau mampu membentuk manusia seperti Saidina Umar yang terkenal dengan kekejamannya ketika zaman jahiliyyahnya sehingga menjadi salah seorang pendukung islam. Maka terbinanya satu jamaah islamiyah yang berfokuskan supaya setiap jiwa yang ada di atas muka bumi pada ketika itu disinari dengan cahaya hidayah Allah. Impaknya, islam telah Berjaya menaungi dua pertiga dunia pada zaman kegemilangannya. Adakah kerja-kerja ini mampu dipikul seorang diri? Tidak sama sekali.

Banyak kita lihat, tokoh-tokoh yang bergerak seorang diri tidak tahan lama diatas jalan dakwah, kerana jahiliyyah yang berada mengilingi kita terlalu pekat sehingga memerah iman kita dan menyebabkan iman kita sukar untuk bernafas. Andaikan jika kita berada didalam kumpulan, jika kita lemah, ada sahabat yang menguatkan kita, jika kita tersungkur, ada yang berusaha untuk menarik kita kembali dan jika kita tercicir diatas jalan ini, ada insan yang sanggup memimpin tangan kita kearah jalan yang diredhai allah. Maka lahirlah deen worker yang unik dan hebat. Lihatlah betapa perlunya kita duduk secara berjamaah.

Saya mengibaratkan mereka yang bersendirian ini seperti berlawan bola sepak dengan suatu kumpulan yang tekenal dengan kehebatannya, adakah logik orang tersebut akan menang. Cuba bayangkan, dialah yang perlu score goal, dialah juga yang perlu menahan bola agar tidak masuk ke gawangnya. Adalah satu kepastian yang akan berlaku, iaitu orang tersebut akan kalah dan membuat kerja yang sia-sia. Berbanding dengan bermain dalam satu pasukan yang kuat kerjasama diantara ahli pasukan dan berhadapan dengan pasukan lain terkenal dengan kehebatannya, kemungkinan besar pasukan tadi boleh mengalahkan pasukan hebat tersebut. Perlu diketahui bahawa jahiliyyah ini adalah suatu tarikan yang terlalu kuat yang hanya dapat ditumpaskan oleh kumpulan atau jamaah seperti kumpulan yang diproses oleh didikan rasulullah.

Oleh itu, bagi mereka yang belum berjumpa dengan kumpulan seperti ini, maka carilah, sesungguhnya anda akan temukan sesuatu yang amat bermakna lebih daripada dunia dan seisinya. Bagi mereka yang pernah bergerak dididalam kumpulan seperti ini, tetapi sudah ‘bersara’ di tengah jalan, maka saya merayu carilah ia kembali kerana anda berada dalam kerugian yang sangat besar. Bagi mereka yang sedang bergerak didalam kumpulan seperti ini dan merasai kemanisan duduk didalamnya, maka kekalkanlah kerana anda sedang menuju redha Allah.

Deenworker,

Kolej Teknologi Darulnaim,

16100, Pengkalan Chepa,

Kelantan, Malaysia.

No comments:

Post a Comment