Saturday, August 13, 2011

PERASAAN ITU..



Alhamdulilah, alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah masih izinkan saya merintis jalan perjuangan sukar ini walaupun kebelakangan ini tekanan mengesak dada ini memaksa aku dan sahabat-sahabat melakukan sesuatu demi menjamin kelancaran perjalanan da’wah & tarbiyah di tempatku berada saat ini. Sungguh, walau apa dan siapa mengalang, kami tidak akan sekali-kali gentar kerana kami berkeyakin dengan janji Allah. Kerana kami amat yakin Allah inginkan proses kematangan kami segera kerana peperangan dengan taghut sebenar menanti kami diluar sana.

Bagi seorang daie, adalah normal bekerja didalam stuasi di atas, kerana itu sunnatullah. Tetapi, apabila Allah menguji lagi dengan satu ujian iaitu perasaan cinta yang hadir belum tiba masa yang sesuai. Iaitu sikumbang yang tertaut pada si bunga di taman. Memag tidak dinafikan, ini adalah suatu perasaan fitrah anugerah Allah bagi lelaki di usia remaja, ditambah lagi dengan tahun akhir pengajian. Memang adalah satu keperluan untuk merancang tentang baitul da’wah yang bakal dibina bagi menjamin kesinambunagn perjalanan deen ini di masa depan. Sungguh, saya teruji dengan dua perkara ini di saat ini.

Sesungguhnya perasaan itu hadir adalah fitrah tetapi perlu dilorongkan kepada lorongan yang dipagari dengan syariat agar kesuciannya terjaga. Apa yang saya bimbangkan kepada mereka yang diuji dengan perkara ini ialah (saya pasti bukan saya seorang yang teruji) gerak kerja menjadi terbantut oleh kerana hal ini. Ketahuilah, nafas da’wah ini sangat panjang amat rugi seorang daie apabila ia dicemari oleh perasaan yang kalau tidak dikawal yang boleh merosakkan amal kerana dihadapan kita pasti lebih banyak ujian yang menanti. oleh itu, tolong jangan mengorbankan hatimu disaat itu kerana islam pada hari ini menuntut kita untuk pergi lebih jauh demi menggapai cinta yang lebih agung iaitu cinta Allah. Saya kepilkan suantai madah daripada ahli sufi, Abdul Ghani.

Ya Allah….Ya Rahman.t..Ya rahim..

Allahu rabbi aku minta izin,

Bila saat aku jatuh cinta,

Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang,

Hingga membuatku lalai akan adanya Engkau.


Allahurabbi aku punyai pinta,

Bila suatu saat aku jatuh cinta,

Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu,

Yang tidak terbatas,

Biar rasaku pada-Mu tetap utuh.

Allahu Rabbi,

Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati,

Pertemukanlah kami,

Berikanlah kami kesempurnaan,

Untuk lebih mendekati cinta-Mu dan saling menyintai kerana-Mu.


Allahu Rabbi,

Pintaku yang terakhir adalah,

Seandainya aku jatuh hati, jangan pernah kau paling wajahmu-Mu dariku,

Anugerakanlah aku cinta-Mu,

Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.

P/S- kepada si ‘dia’, ayuhlah fokus untuk terus menghirup nafas segar fikrah islam yang jernih ini demi menggapai redha –Nya dengan terus istiqomah mempersiapkan diri masing - masing. Insyaallah dengan izinnya, apabila waktu itu tiba, Allah akan susun untuk kita bersama, moga ia menjadi booster (bahan pelonjak) didalam beramal dengan penuh kebahagian. Moga zuriat kita yang bakal lahir akan mewarisi fikrah ini.


Tuesday, May 24, 2011

APABILA BERBICARA TENTANG IKHTILAT (PERGAULAN)



Ikhtilat ialah perkataan bahasa arab bermaksud percampuran. Dari sudut istilah syara’ bermaksud percampuran antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (bukan mahram).

Melihat aktiviti manusia hari ini banyak melibatkan percampuran antara lelaki dan wanita sama ada di pasaraya, sekolah, universiti, tempat awam, kedai, mahkamah, hospital dan sebagainya hingga tiada beza antara bergaul sesama perempuan atau sesama lelaki dengan bergaul berlainan jantina. Justeru, apakah hukum percampuran di antara lelaki dan perempuan dalam keadaan-keadaan begini?

Untuk menjelaskan ini, Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya, Al-Mufassol fi Ahkam Al-Mar’ah wa Al-Bait Al-Muslim menjelaskan bahawa pada dasarnya percampuran lelaki dan perempuan ajnabi adalah diHARAMkan oleh islam. Pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi mestilah mempunyai batasan, bukan sama seperti kita melayani rakan sejantina.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak berdua-duan seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan yang ketiganya adalah syaitan.”

Namun terdapat beberapa keadaan yang mengharuskan percampuran antara lelaki dan perempuan:-

1) PERCAMPURAN KERANA DARURAT.

Contohnya seorang lelaki menemui seorang wanita yang tersesat di tengah jalan dalam keadaan tiada orang lain dapat membantu, maka haruslah lelaki itu mengiringi wanita itu pulang kerumahnya atau ke tempat yang selamat. Bahkan jika dibimbangkan wanita terdedah kepada bahaya sekiranya ditinggalkan, menjadi kewajipan lelaki itu untuk membawanya ke tempat yang selamat.

2) PERCAMPURAN KERANA KEPERLUAN (HAJAT)

Seperti percampuran kerana darurat, percampuran kerana keperluan juga diharuskan seperti:

· Jual-beli antara lelaki dan wanita.

· Menjadi saksi atau memohon keadilan di mahkamah.

· Melakukan tugas pengawasan (amar makruf nahi mungkar) seperti yang dilakukan oleh As’syifak Binti Abdullah Al-Adawiyah yang menjadi pegawai hisbah yang dilantik oleh Amirul Mu’minin Umar Al-Khattab untuk mengawasi pasar.

· Isteri melayani tetamu (seperti menghidangkan makanan dan makan bersama-sama) dalam keadaan suami ada bersama.

· Menaiki kenderaan untuk menziarahi keluarga, pergi ke hospital, membeli barang keperluan dan lain-lain keperluan yang dibenarkan syara’ (tidak boleh sama-sekali berdua-duan).

· Melakukan tugas di medan jihad seperti merawat tentera yang cedera, menyediakan makanan dan minum kepada tentera, malah memikul senjata untuk berperang.

· Proses belajar dan mengajar.

· Kebiasaan yang diharuskan syara’ seperti menziarahi saudara-saudara sahabat handai yang lain

Percampuran diatas dan seumpanya yang tidak melanggar syara’ dibolehkan. Walaubagaimanapun mestilah dengan menjaga adab-adab islam iaitu:-

· Menutup aurat.

· Menjaga pandangan. Cukup sekadar memandang sebagai tanda hormat dan mengambil perhatian ketika berinteraksi tentang sesuatu perkara dengan meletakkan syara’ dihadapan.

· Tidak bersentuhan diantara lelaki dan perempuan.

· Wanita tidak melunakkan suara di hadapan lelaki ajnabi. Firman Allah didalm surah Al-Ahzab ayat 32 bermaksud, “ maka janganlah kamu tunduk lemah didalam berbicara hingga timbulkan keinginan orang yang ada penyakit di hatinya, dan ucapkanlah perktaan yang ma’ruf”.

· Wanita tidak berhias (tabarruj)

· Tidak berdua-duan.

· Tiada perbuatan atau perbualan yang boleh merangsang nafsu syahwat.

Kesimpulannya, pergaulan lelaki dan perempuan bagi mencapai tujuan kemasyarakatan yang mulia adalah diharuskan, namun ia mestilah berlandaskan garis panduan yang dibenarkan oleh syara’. Pada zaman Rasulullah SAW, terdapat para wanita yang solat berjamaah di masjid seperti kaum lelaki, dimana pada peringkat permulaan, hanya terdapat satu pintu masjid sehinggalah kaum lelaki dan wanita terpaksa bersesak di satu pintu menyebabkan Rasulullah memerintahkan supaya mengkhususkan pintu tersebut kepada kaum wanita sahaja.

Didalam Alquran pula, diceritakan kisah Nabi Musa menolong dua orang anak perempuan Nabi Syuib yang terpaksa mengambil air telaga kerana ayah mereka telah tua. Selain itu, diceritakan juga kisah perbualan Nabi Sulaiman dan Ratu kerajaan Saba’ yang menyembah matahari akhirnya menyebabkan Ratu Saba’ tunduk menyembah Allah SWT.

Ikhtilat (percampuran) lelaki dan perempuan tanpa had seperti yang dilakukan oleh masyarakat Barat adalah bercanggah dengan islam. Berdua-duan antara lelaki dan perempuan, bermusafir berdua-duan, menonton wayang bersama, berpegangan tangan dan menari bersama, adalah antara bentuk ikhtilat yang tidak dibenarkan. Hatta, ber-SMS dan berbual tanpa tujuan juga tidak dibenarkan oleh syara’. Walaupun berselindung di sebalik alasan teman biasa, sekadar suka-suka atau dapat mengawal diri daripada terjerumus kepada zina, namun ia tetap tidak mengubah hakikat bahawa syaitan akan menjadi penghasut dan penyemarak kepada gelora nafsu manusia yang tidak pernah padam.

Antara kesan pergaulan bebas ialah keruntuhan akhlaq, berleluasa kelahiran anak luar nikah, ramai lelaki dan wanita yang membujang tidak berkahwin, banyak berlaku perceraian dan keruntuhan rumah tangga kerana sebab remeh-temeh serta tersebar menyakit yang buruk.

Kredit kepada majalah HALUAN. Dipetik dan diubahsuai daripadanya.

DEENWORKER.

Kolej Teknologi Darulnaim.

Pengkalan Chepa, Kelantan.

Thursday, May 19, 2011

DENGAN ISTIKHARAH, KTD PILIHANKU


Alhamdulillah bersua kembali.

Alhamdulillah, di celah-celah kesibukan dalam menghadapi final exam saya gagahkan juga untuk mencoret sedidikit perkongsian yang tersangat penting didalam kehidupan kita. Khas buatmu adik-adikku khususnya lepasan SPM sekalian. Perkongsian ini saya coret dari hati ke hati khas buatmu, berdasarkan sedikit pengalaman, moga bermanfaat.

SEBAIK KEPUTUSAN SPM DIUMUMKAN

Secara jujurnya saya frust menonggeng lah apabila sebaik sahaja mengetahui keputusan SPM, mungkin itu yang terbaik buat saya pemberiany dari-NYA. Yang tidak akan sekali-kali saya lupa ialah, keputusan SPM ku bukan saya yang ambil, tetapi ibuku tercinta yang mengambilkannya untukku. Cuba adik-adik bayangkan, umiku yang ambil slip SPM fresh dari sekolah dan membacakannya kepadaku dari corong telefon (dh lh result tak elok, mak pula yg bacakan adeh, memang kena lh.). Kerana, pada waktu itu saya masih berada di perlis (aku bersekolah di Shah Alam) kerana mengikuti kursus selama tiga bulan di MATRI. Terkenang saat itu, ketika aku sedang bersarapan di kantin MATRI bersama sahabat-sahabat yang lain, aku terima panggilan yang sangat-sangat memdebarkan, lihat sahaja nombor yang tertera di phone screen tertulis “umi” calling..darah berderau (tak tau nak kata macam mana time ni) kerana aku pasti result ku di tangannya.

PEMILIHAN IPT

Sungguh! Inilah perkara yang paling berat dan meletihkan. Sebenarnya, ketika di tingakatan 4 lagi, saya telah memangsan impian yang tinggi menjulang untuk menyambung pelajaran didalam bidang islamic finance, berikutan sudah tidak tahan melihat umat tertipu dan terkabur matanya dengan sistem riba’ yang berselindung didalam sistem kewangan islam, itu tekadku saat itu dan saya pasang impian itu sehingga result SPM keluar. Didalam hatiku telah terpahat satu impianku iaitu ingin merubah semampuku sistem kewangan ‘islam’ yang ada kepada sistem islam yang sebenarnya dengan ilmu yang bakal aku tuntut dan ijazah yang akan kurangkul, malah aku bertekad di waktu itu agar menjadi orang yang pakar dalam bidang ini (sehingga PHD) agar aku menjadi antara rujukan masyarakat di masa depan berkaitan kewangan islam, ini hasratku. Biarlah kejayaan yang bakal diraih ini islam boleh manfaatkan.

Oleh itu, dengan result yang tidak manis dipandang, aku terus membulatkan hasratku untuk apply ke IPTS (agak sukar nak dpt IPTA) iaitu Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) didalam bidang asasi kewangan islam. Ketika itu juga saya sudah memulakan solat istikhorah meminta petunjuk hanya daripadanya agar DIA meletakkanku di tempat yang terbaik. Alhamdulillah, baru dua hari saya memohon untuk program asasi kewangan islam di KUIS, saya telah menerima tawaran tersebut, dalam masa hanya dua hari. Saya sangat-sangat bersyukur kerana Allah memudahkan urusanku.

Selang tiga hari kemudian, saya terus membuat servey asrama, berapa jam kredit yang diperlukan untuk menamatkan pengajian, peta kampus untuk ke kelas, fakulti yang akan menjadi medan perjuangan ilmuku, kos pembelajaran, biasiswa, malahan saya juga survey cafe yang paling sedap dengan harga yang paling idle yang bakal menjadi tempat persinggahanku untuk makan ketika mana pengajian bermula. Begitulah teperincinya surveyku.

JAWAPAN YANG MENGUBAH SEGALANYA

Sedang asyik saya meneliti borang kemasukan yang sudah kemas terisi, serta tatacara pemakian ketika hari pendaftaran. Bapaku merapatiku dan menyarankanku mencuba nasib untuk mengisi borang ke Yarmouk University, Irbid Jordan. Kerana menurut beliau, disanalah tempat terbaik untuk saya menuntut ilmu kewangan islam, kerana tokoh agawan ternama seperti ustaz Zahazan Muhammad adalah keluaran Universiti tersebut. Dalam masa yang sama, ketika itu juga saya masih tetap melakukan solat istikhorah memohon petunjuk yang tepat olehnya, dan bagiku inilah jawapan Allah yang menjadikan bapaku sebagai perantara. Saya tinggalkan tawaran KUIS tanpa sedikit rasa penyesalan pada waktu itu.

PROSES KE JORDAN.

Dengan bersemangat saya mendownload borang permohonan tawaran untuk ke Jordan melalui laman web rasmi Minitry of Hinger Education (MOHE). Saya memenuhi semua arahan dan permintaan didalam borang tersebut, termasuk terjemahan sijil, medical check-up, mati stem, dan lain-lain. Alhamdulillah borang selamat dihantar, jawapan akan diterima lebih kurang pada bulan OGOS.

KETIKA PROSES MENUNGGU TAWARAN

Selang beberapa hari diumumkan bahawa keputusan UPU akan diumumkan. Pada kesokan harinya, saya bermusafir bersama beberapa orang sahabat ( lupa dh sapa) ke Pulau Langkawi kerana membantu mengandalikan kem untuk anak-anak pewaris daerah Langkawi bersama Dr. Azizan Ahmad. Boleh dikatakan setiap minggu kami ke Langkawi ketika cuti lepas SPM dengan diketuai oleh saudara Fauzan Hussein. Singgah sebentar di salah sebuah sekolah di BERSERI Perlis, kerana memang ini menjadi tempat persinggahan kami setiap kali sebelum ke Langkawi dengan menaiki ferry di jati Kuala Perlis. Kebetulan ada event di sana, Allah izin juga pakcikku, Pakcik Syed Helmi (Ami Helmi gelarannya) turut berada disana. Apalagi, bermulalah saat aku d ‘brain wash’ agar aku ke KTD, macam-macam alasan diberikan (time tu paling tak boleh dengar nama KTD). Masih segar dingatan, malam event tersebut rancak berjalan, saya bersembang mesra dengan Ami Helmi dan Dr. Abraba’in kerana sudah lama tidak bertemu. Apabila masuk sahaja tentang KTD, buat-buat dengar je lah (ketika itu sengaja tutupkan hati untuk tidak akan ke KTD!), ini mind set yang saya sudah pasang (ish, time ni lh, sekarang ok dh..i.allah)

Ketika saya di Langkawi, kami beramai-ramai menyemak status UPU kami di salah sebuah Hotel di Pantai Chenang, tempat kami menginap. Harapanku tinggi menggunung agar aku mendapat tawaran UIAM didalam bidag asasi Ekonomi islam (sebagai Plan B jika tidak ke Jordan). But Allah’s knows better, saya dapat tawaran ke UITM jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur. Hanya Allah tau, betapa hancur berderai impianku selama ini..ohh! saya seperti hilang arah sebentar padal malam tersebut. Puas saya berjalan di tepi pantai yang sunyi pada malam itu untuk berbaik sangka dengan Allah.

Selepas itu saya membulatkan haasratku untuk ke UITM (diploma pown diploma lah..sementara je, getus hati kecilku). Setelah pulang dari Langkawi, saya memberitahu tentang keputusan UPU kehadapan umi & walid tercinta. Reaksi mereka, walidku hanya menggguk (saya assumed dia setuju), manakala umiku sepertinya kurang menggalakkan. Menurut umiku, malam nanti pakcikku akan datang, terus terlintas difikiran..emm..pasti KTD lagi ni!..ish! sangat-sangat tidak menyenangkan. Aku bertekad untuk tidak akan masuk ke KTD sama sekali (time tu lah) walaupun bagaimana gempak sekalipun penerangannya. Ketika itu juga saya masih tetap melakukan istikhoroh untuk memohon jawapan yang terbaik hanya dari-NYA, tetapi hati kecilku sangat-sangat berharap agar jawapan itu BUKAN KTD.

EPISODKU KE KTD

Umiku memang tidak membenarkan saya ke UITM, menurutnya lebih baik ke KTD, diploma juga. Tambah parentku lagi, hanya sebulan sahaja..lepas tu pergi lah Jordan. Tetapi saya tetap berkeras memandangkan title IPTA yang dikenali umum, sedangakan KTD tiada sapa yang kenal. Setelah puas saya ‘berperang’ dengan parent untuk TIDAK ke KTD, akhirnya saya akur dan pasti ini adalah jawapan dari Allah untuk ku melanjutkan pelajaran SEMENTARA di KTD sementara tunggu tawaran JORDAN. Saya ulang ya, melanjutkan pelajaran SEMENTARA sajaha di KTD, itu hasratku. Sebaik sahaja aku bersetuju secara rela paksa untuk ke KTD, kesokan harinya surat tawaran menyusul. Getus hatiku, Aik! Mohon pun tidak, macam mana boleh sampai surat tawaran ni? Untuk pengetahuan adik-adik, ketika HIMEGA batch SPM2008, ketika mana borang permohonan KTD diedarkan, saya tidak mengisinya malah sembunyikannya di dalam beg (punya lh xnk masuk, ish2). Jadi kesimpulan yang boleh dibuat berkenaan surat tawaran yang sampai dirumah ialah, pastinya PAKATAN sulit yang telah Ami Helmi dan walidku buat, sangkaku.

Pemilihan course, memandangkan saya akan ke Jordan untuk meneruskan pengajian dalam bidang Islamic Finance (sudah pastinya ada subject yang saya cukup tidak berminat iaitu ACCOUNT) saya meberanikan diri untuk mengambil course account yang semamangnya cukup membenci subject tersebut ketika mengambil SPM (account pown cukup makan je, credit). Tujuan saya ambil course tersebut hanya sebagai PERSEDIAAN untuk ke Jordan supaya ada asas Account supaya nanti tidaklah kalut apabila lecturer arab yang mengajar. Masih segar di ingatan petikan guru perakaunan di sekolah lamaku “kamu ni syed hassan, nak jadi apa ni?cuba kamu kira BERAPA kali kamu MASUK kelas?)” luahnya...bukan berapa PONTENG tau, tetapi berapa kali MASUK kelas. Emm, parah2. Sememangnya subject ini saya langsung tidak berminat.

Alhamdulillah, syukur tidak terhingga di saat ini saya dah jatuh cinta dengan course account yang suatu ketika dahulu cukup membencinya. Inilah impak istikhoroh bagiku, tidak terbayang bagaimana jika saya ke UITM @ KUIS atau lain-lain tempat.

TAWARAN UNTUK KE JORDAN

Ketika minggu kedua aku berada di bumi KTD, timbul rasa menyesal dan geram jugalah kepada Ami Helmi yang setia berkempen serta kepada umi walid yang menghantarku ke sini, hanya Allah yang tahu perasaan waktu itu. Tidak sabar rasanya tawaran ke Jordan keluar kurang dua minggu dari tempoh tersebut. Dengan harapan, lagi cepat keluar dari sini lagi lah bagus. Apa istimewanya tempat ini?getus hatiku, sungguh menyesal dan jiwaku meronta-ronta untuk keluar dari IPT yang bernama KTD (waktu itu lah, skrg tidak sama sekali^^).

Dalam masa yang sama, saya kerap kali melayari webside Yarmouk University bagi mendapatkan maklumat terkini. Saya juga telah membuat persediaan yang rapi untuk kesana. Antaranya ialah, saya telah download e-library (software yang mengandungi semua buku yang ada di library di university tersebut bagi memudahkn proses pembelajaran), saya telah survey rumah sewa (dh confirm dapat rumah tersebut, mintk tolong sahel.), size peti ais dan mesin basuh serta harga dah check, survey juga cara untuk menaiki bas outing ke bandarnya, survey manu-manu yang bakal saya makan sebagai makanan harian, kos pembelaran, bilangan subject yang akan di ambil (44 subject), sudah maklum kepada rakan-rakan di sana supaya standby menjemputku di Airport, cara-cara hidup ketika musim sejuk (ketebalan jacket, cara buat ABC dlm salji), harga ticket flight sudah survey, fakulti mana akan saya belajar juga saya sudah selidiki. Sangat-sangat terperinci dan saya cukup yakin saya akan kesana dengan izin Allah. Saya merancang untuk kesana bersama saudaraku ( sekarangmengambil madic di JUST, syed muhammad qotadah alkhaired..kesian dia pergi seorang diri).

Genap sebulan aku berada di KTD, alhamdulillah saya merasa sungguh selesa dengan suasana di sini dan mempunyai objektif untuk melakukan gerak kerja dakwah yang besar dengan lebih strategic serta terancang bersama rakan-rakan yang lain bagi menimbulkan dan memberikan kesedaran Islam yang menyeluruh kepada warga kampus khususnya. Saya merasakan bahawa tempat ini sangat sesuai kepadaku dan dalam masa yang sama Islam memerlukan khidmatku disini dalam bersama mengajak warga kampus kearah mengambil Islam sebagai satu cara hidup.

Selang beberapa hari, saya menerima panggilan daripada ibuku bahawa Yarmouk University telah menerima tawaranku, dan saya perlu segera pulang untuk menghadiri program Biro Tatanegara (BTN) sebelum fly ke Jordan. ALLAH! Sekali lagi, keputusan yang sangat besar perlu saya lakukan (tetapi hati kecilku ingin berada di KTD berikutan kerja-kerja yang sangat banyak perlu saya lakukan bersama-sama rakan-rakan yang lain). Saya terus istikhoroh memohon oentunjuk-NYA.

Pada kesokannya harinya, saya terus ke Kota Bharu Airport untuk membeli tiket pulang bagi berbincang dengan umi walidku tentang tawaran ke Jordan, saya tidak memberikan kata putus kepada mereka. masih ingat lagi, saya membeli 2 ticket fire fly round trip KB-KL (bermakna 4 tiket) demi untuk membincangkan perkara ini.

Setibanya di rumah aku terus melakukan istikhoroh dengan penuh penghrapan agar pada malam yang hening itu Allah memberikan jawapan yang terbaik, yang aku yakin pilihan ini adalah pilihan yang bakal mencorakkan masa depanku (susah sgt2 nk pilih time ni).

Keesokannya harinya hatiku masih terpaut di KTD tercinta. Bagiku, inilah jawapan istikhorohku selama ini. Maka aku dengan hati terbuka memaklumakan ini kepada orang tauku dan mereka dengan yakin menykongku untuk terus belajar di KTD kerana ini adalah jawapan dari ALLAh, he is the ultimate planner. Alhamdulillah, ribuan syukur kepadanya kerana di saat ini, saya BAHAGIA berada di medan amal ini (KTD) dan sedikit pun tiada rasa penyesalan (kadang2 terfikir jika sekarang berada di Jordan tengah main salji agaknya..), itu semua hanya bisikan syaitan yang tidak akan dapat menggugah ketetapanku.

Saya kembali ke KTD dengan hati yang tenang lapang. Sepanjang perjalanan didalam flight KB-KL yang hanya mengambil masa 1 jam 5 minit, saya memasang mind setting baru untuk terus beramal di KTD. Alhamdulillah Allah masih mengekalkanku di atas jalan ini.

Oleh itu, terima kasih kepada mereka yang menyebabkan saya berada disini pada saat ini, hanya Allah membalas jasa kalian. Sungguh, saya bahagia dalam beramal di saat ini.

DEENWORKER

KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM.

PENGKALAN CHEPA.

Sunday, May 1, 2011

Warkah Buat Bakal Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Dan Rasul

Aku tidak tahu kenapa petang ini aku begitu berani mencoretkan sesuatu tentang dirimu. Sedangkan aku tidak tahu siapakah dirimu itu, walaupun sepertinya aku mengetahui siapa dirimu itu, tetapi Allah lebih mengetahui..he is the ultimate planner. Aku tidak tahu momentum apakah yang mengerakkan jemariku untuk mencoret satu coretan yang biasanya aku simpan rapi sendirian, hanya didedahkan ketika bermunajat sendirian di sepertiga malam.

Perlu kau ketahui wahai bakal pemilik hatiku setelah Allah dan rasul. Suatu hari nanti, kita bakal membina salah satu tangga yang bakal membentuk ummah, suatu pusat untuk melahirkan kader-kader dakwah yang akan memegang panji-panji islam yang mulia, aku harap itulah fokus kita bersama pada saat ini lagi. Aku harap, kamu dan aku, telah jelas akan matlamat ini bermula di saat ini lagi, itulah baitul dakwah yang kuidam-idamkan. Perlu kau ketahui disini, zuriat yang bakal lahir nanti bukan sahaja pewaris bagi harta dan nasab keturunan sahaja. Tetapi apa yang paling penting ialah, zuriat yang bakal lahir ini adalah pewaris kepada deen dan fikrah yang jernih untuk disebarkan dan dibumikan kepada masyarakat sekeliling, itulah hasratku di saat ini, dan aku harap kau juga, entah dimana kau berada sekerang memupunyai hasrat yang sama. Oleh itu, masih banyak persiapan yang perlu kita persiapkan.

Di saat ini, aku sedang berusaha sedaya kudratku dalam memantapkan diri dari segi kefahaman islamku, ilmu ku dan juga persiapan yang lain sepertin yang ada di entry sebelum ini. Aku juga berharap kau juga sedang mempersiapkan dirimu kearah itu, demi menggapai redhanya. Apabila baitul dakwah itu telah terbina, marilah sama-sama kita lengkap – melengkapi dan saling mengajak kearah ma’ruf dan saling mendokong dan menyokong diantara satu sama lain supaya tetap teguh di atas jalan yag penu berduri ini. Mungkin ada ketika kau tersunggkur jatuh dek perbuatan syaitan yang durjana dan aku akan sedaya upaya menarikmu kembali, sebaliknya begitu juga jika terjadi terhaap diriku.

Perlu aku jelaskan prinsipku disini dan aku ingin menjadikan sebagai prinsip baitul dakwah yang bakal kita bina. Iaitu yang baik apa yang syara’ kata baik, dan yang buruk apa yag syara’ kata buruk. Kerana bagiku, inilah kayu ukur yang terbaik. Maka, aku sekarang ini sedaya – upayaku akan meletakkan syara’ dihadapan didalam setiap perbuatanku walaupun terkadang aku tersunggkur jatuh. Aku berharap, kita membaluti luka-luka perjuangan yang bakal ditempuh bersama dengan balutan iman.

Aku bukanlah seorang yang memilih dalam mencari pasangan, tetapi aku akan tetap tegas dengan prinsipku. Sesungguhnya aku menghendaki teman hidup yang sedang melalui dengan konsisten dan merasai keperluan untuk melaluinya. Iaitu melalui proses didikan (tarbiyah) yang sama seperti yang aku lalui saat ini, ini sahaja kayu ukurku didalam membuat pilihan. Aku memandang penting aspek ini kerana, bagiku aspek inilah yang akan menjadi faktor terpenting kearah keberlangsungan baitul dakwah tersebut.

Mungkin disaat ini ada ‘kau’ terbaca warkah ini, dan aku belum pasti siapakah dirimu. Tetapi aku harap, moga kita terus bermujahadah dalam menongkah arus jahiliyyah. Jangan sekali-kali kau benarkan dirimu terjerat degan mainan syaitan la’natullah, marilah sama-sama kita menjaga hati ini hanya untuk yang esa. Dan aku sangat-sangat berharap, kita dapat menjaga rapi perasaan hati ini apabila sampai waktunya nanti. Sungguh di saat ini aku teruji, dan aku berjanji dengan diriku, bahawa aku tidak akan sama-sekali termakan dengan layanan nafsu. My heart intuition mengatakan kau juga sedang teruji disaat ini. Moga kita kekal bersama diatas jalan ini sehingga dijemput pulang oleh-NYA. Moga Allah redha dengan coretan ini.

Dariku,

bakal pemilik cintaku setelah Allah dan rasul.

Saturday, April 9, 2011

PERSEDIAAN KEARAH MELAHIRKAN GENERASI PEWARIS




Keyukuran yang tidak terhingga ku panjatkan pada-NYA kerana diizankan untuk aku menulis kembali setelah lama mendiamkan diri untuk mengumpul kekuatan. Pada entry kali ini, saya ingin mengajak hati-hati anda untuk berdiskusi suatu topik yang teramat penting bagi saya, iaitu kearah melahirkan generasi pewaris.

Pasti akan ada hati-hati anda yang tertanya-tanya, ‘aik! Kawin pown belum dh cerita pasal anak?’ atau ‘belum sampai masa kot nak cakap pasal ni’ dan persoalan-persoalan yang sewaktu dengannya. Perlu di tegaskan! Saya tidak bercakap tentang persediaan berumah tangga (baitul muslim) @ berteman hidup, tetapi saya menbincangkan perkara yang lebih penting iaitu persediaan melahirkan generasi pewaris. Jadi, mahu atau tidak kenalah kawin dulu baru boleh dapat anak kan? Jadi, topik kali ini merangkumi juga sedikit sebanyak berkenaan dengan persiapan berumah tangga.

Urgensinya untuk membincangkan topik ini adalah disebabkan keadaan jahiliyyah hari ini yang pekat dan boleh meragut iman kita pada bila-bila masa. Lihat sahaja media masa, berita-berita lucah yang menjadi topik ‘hangat’ di depan dada-dada akhbar dan kaca televesion, di corong-corong radio mahupun di laman-laman internet, inilah yang menjadi tatapan anak-anak Malaysia yang masih mentah atau belum matang yang tidak sesuai didedahkan kepada mereka. Jujur, aku tidak rela bakal zuriatku berhadapan dengan keadaan seperti ini jika tiada jatidiri yang teguh mengikut acuan Allah.

Ditambah lagi dengan keadaan kebanyakan remaja pada hari ini berada di lembah kebinasan. Adakah kita akan merelakan zuriat yang bakal dilahirkan nanti hidup didalam suasana ini tanpa persediaan yang rapi, pasti! Jahiliyyah akan meracuni iman mereka yang masih lagi dalam proses semaian. Perlu ditegaskan, zuriat yang bakal dilahirkan ini bukan hanya untuk melengkapkan nasab keturunan, mewarisi harta ibu bapa, dan melambangkan puncak kebahagiaan rumah tangga apabila berjaya melahirkan zuriat. Tetapi apa yang lebih penting ialah zuriat yang bakal lahir ini ialah pewaris bagi deen islam yang agung dan penyambung rantai-rantai perjuangan yang telah ditinggalkan kita kepada mereka. mereka ini bakal memikul mas’uliyyah (tanggungjawab) yang berat iaitu menyambung kerja-kerja rasul iaitu mengajak hati-hati manusia kepada Allah. Ini bukan suatu perkara yang boleh dipandang ringan!

Antara persediaan yang perlu dilakukan di saat ini ialah:-

1. Persediaan Hati.

Mengambil ‘ibrah (pengajaran) daripada ibu kepada pengasas mazhab As-syafie. Beliau membuat persediaan untuk diri dalam melahirkan seorang tokoh deen islam yang telah menggegar dunia dunia iaitu imam As-syafie bertahun-tahun sebelum imam Syafie di lahirkan. Impaknya, zuriat yang dilahirkan itu mampu menggegar dunia. di saat ini, hati kita perlu dibersihkan daripada karat-karat jahiliyyah. Hubungan dengan Allah merupakan salah satu aspek penting yan perlu di jaga oleh setiap dari kita. Kerana ia akan memelihara kita daripada tersunggkur jatuh ke lembah kebinasaan jahiliyyah yang pekat. Dengannya (memelihara hubungan dengan Allah) juga menjadi survival kita untuk terus bertahan diatas jalan ini.

2. Persediaan fikrah (kefahaman).

Kefahaman yang dimaksudkan di sini ialah kefahaman islam, iaitu memilki aqidah yang sejahtera, iaitu memahami dan memperaktikkan islam sebagaimana Rasulullah dan para sahabat. Sewajarnya bagi setiap muslim untuk memantapkan kefahaman islam yang ada pada saat ini sebelum ke alam rumah tangga. Kerana ia adalah menjadi batu asas dalam mendidik anak-anak yang bakal dilahirkan. Mana mungkin bakal-bakal ayah yang tenggelam timbul dalam circle (usrah) mampu mendidik zuriatnya dengan baik suatu masa nanti. Bagi saya, kita perlu meletakkan satu K.P.I terhadap diri masing-masing dalam mencapai kefahaman islam yang sebenar dan menjadi pemegang panji-panji islam kerana kita ingin lahirkan pemegang panji-panji islam yang jauh lebih baik dari kita.

3. Persiadaan sikap

Sikap yang dimaksudkan disini ialah, sikap kita. Sikap supaya lebih mengambil berat (caring) dengan orang yang berada disekelilimg kita. Kita tidak boleh ada sama sekali sikap mementingkan diri sendiri kerana apabila sudah berumah tangga, kita perlu memberikan sepenuhnya perhatian kepada anak dan isteri tercinta, lebih dari diri kita sendiri. Jadi, berlatih lah sekarang ya!

4. Pemilihan pasangan

Ini adalah satu aspek yang penting daripada yang penting. Senang cerita, ini lah yang terpenting. Ini adalah kerana, pasangan yang bakal dipilih inilah yang paling berpengaruh dalam mendidik zuriat yang bakal dilahirkan. oleh itu, jika inginkan zuriat yang bakal dilahirkan ialah sebagai pewaris deen islam, maka perlu juga kepada ibu yang mengambil islam sebagai satu cara hidup dan konsisten memalui proses didikan sebagaimana proses didikan yang kita telah dilalui dan yang pasti akan dilalui oleh zuriat yang akan dilahirkan juga. Jika hanya baik menjadi kayu ukur, itu masih belum lengkap.

Ini kerana, baik belum tentu Allah redha, tetapi kalau soleh pasti Allah redha. Definisi baik bagi saya ialah, yang baik apa yang syara’ kata baik dan yang buruk apa yang syara’ kata buruk, jelas bukan? prinsip saya, saya telah menetapkan dalam pemilihan pasangan hidup yang melaui proses didikan yang sama seperti yang saya sedang lalui sekrang, muktamad! Ini adalah kerana, ia akan memberi kesan yang buruk terhadap gerak kerja dalam kerja islam dan zuriat yang bakal dilahirkan jika tersilap langkah didalam memilih pasangan. (akan dibincangkan khusus d entry berikutnya tentang pemilihan pasangan menurut pandagan saya dengan mengambil Allah sebagai kayu ukur).

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan. Persediaan-persediaan ini dibuat bukan hanya berniat untuk mendapat pewaris yang soleh dan musleh mahupun inginkan si dia yang baik menurut syara'. Tetapi lakukanlah ia ikhlas hanya sanya kerana Allah.

Deenworker.

Kolej Teknologi Darulnaim.

Pengkalan Chepa.

Kelantan.

Tuesday, December 28, 2010

CINTA ITU...


Alhamdulillah tidak tehingga hanya layak di panjatkan kepada-NYA, final exam baru sahaja melabuhkn tirainya, kini aku sedang menikmati suatu pakej percutian yang tidak ternilai dan terhad di pasaran apabila di beri peluang untuk berkhidmat di Kem Jatidiri Dan Kesukarelawan Remaja anjuran Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) dengan kerjasama JAKIM. Itulah kerehatan buatku, walaupun tidak boleh secara sepenuh masa. Alhamdulillah aku dipilih oleh-Nya.

Pada entry ini saya ingin mengajak rakan-rakan sekalian bersembang santai dengan satu tajuk yang bagiku suatu komponen yang amat penting didalam kehidupan ini. Ditambah lagi pada alam remaja seperti saya. Tajuk yang saya pilih ialah CINTA..persaan CINTA..ya! CINTA.

Bagi saya, CINTA adalah satu perasaan yang suci, murni dan telus. CINTA merupakan suatu perasaan yang amat tinggi nilainya. Perasaan suci ini adalah suatu anugerah oleh Allah yang tidak terhingga kepada hambanya. Dengan kehadiran CINTA yang telah meresap kedalam hati seseorang, menyebabkan dia tiba-tiba berdebar-debar, gugup dan bermacan-macam lagi perasaan apabila berhadapan dengan objek @ subjek yang menyebabkannya jatuh CINTA. Dengan hadirnya CINTA juga, seseorang ini boleh merantau merentasi lautan beribu-ribu batu, bahagia membuat sesutau perkara dek kerana objek @ subjek yang menyebabkn ia jatuh CINTA, tidak kira sesukar manapun pasti di tempuh, walaupun terpaksa nyawa tergadai. Huh! Alangkah hebatnya penangan CINTA.

Bagi manusia yang sejahtera imannya, perasaan CINTA akan berbunga kepada tuhannya. Perasaan ini lebih tinggi dari yang lain. Apabila perasaan CINTA kepada Allah ini membuak-buak, tidak kira apapun perintahnya pasti dia patuhi, setiap perintah terasa manis dan ringan dilakukan, itulah yang akan terjadi apabila perasaan ANGAU kepada-NYA telah menyelubungi diri seseorang itu. Takut kepada Allah menjadi pembuktian CINTA hamba kepada tuhannya. Iman juga akan mendorong seseorang itu menCINTAi Rasulullah dengan sebenar-benar erti CINTA. Ini bermakna, bukan hanya sekadar menCINTAi tubuh badan baginda, tetapi termasuk juga perkataan baginda, perbuatan baginda dan lain-lain. Orang-orang yang bertuah ini akan berusaha bersungguh menghidupkan kembali perbuatan rasullullah didalam kehidupan mereka dek kerana penangan CINTA dengan niat kerana-NYA. Manusia juga CINTA kepada ibu bapa, adik-beradik, anak, ilmu, harta dan CINTA kepada wanita.

Perasaan CINTA yang sempurna tidak akan mungkin berdiri dengan sendirinya. Tetapi perasaan ini harus digandingkan dengan TAQWA, TAQWA kepada Allah. Maka akan tercapailah kemuncak kesempurnaan CINTA. Seorang sahabat Rasulullah menjelaskan taqwa adalah seperti, “seorang yang berjalan pada jalan yang dipenuhi tumbuhan berduri dan dia berusaha mengelak duri (dosa) tersebut dengan berhati-hati”. Taqwa adalah pelengkap kepada kesucian dan ketinggian CINTA. Tanpa kehadiran taqwa sebagai tiang seri kepada CINTA, perasaan CINTA yang suci itu telah ternoda kesuciannya dek hawa nafsu dan disalahkan gunakan untuk bermaksiat kepada Allah.

CINTA adalah fitrah. Jangan menukarkannya menjad fitnah. Kaum lelaki pasti akan menCINTAi wanita dan begitu juga sebaliknya. Jangan dihalang perasaan ini, kerana ini adalah anugerah oleh-NYA kepada kita untuk dinikmati. Tetapi ingat! Perasaan ini perlu diarahkan kepada saluran yang betul. Dengan kata lain, perasaan ini perlu diringi oleh taqwa sebagai gandingan CINTA. Wahai kaum remaja (termasuklah aku) jangan kau mencalarkan maruah CINTA yang suci dengan melakukan maksiat seperti bercouple dan sebagainya. Jika kau melakukannya, kau telah menjatuhkan martabat CINTA, CINTA yang suci telah kau nodai dengan perbuatan maksiatmu. Kau telah salah gunakan perasaan agung yang dianugerahkan oleh Allah, sungguh! Kau berada didalam kerugian yang nyata. Jangan kau sekali-kali bermaian dengan api CINTA yang tiada TAQWA disampingnya, bimbang ia akan menyambar imanmu. Maka hanguslah imanmu, oleh itu adakah tempat iman yang hangus itu syurga?mari muhasabah! Perkahwinan adalah bukti CINTA hakiki, bukti CINTA wujud didunia. Bagi, orang yang sejahtera imannya, perkahwinan adalah bukti ketinggian CINTA hakiki, juga bukti cinta telah disalurkan dengan saluran yang betul, dan bukti TAQWA itu berjalan seiring dengan cintanya.

CINTA memerlukan pengorbanan yang besar dan sukar. Tetapi, apabila seseorang itu telah jatuh CINTA, pengorbanan ini terlalu mudah baginya. Jika seseorang telah jatuh CINTA kepada ilmu, ribuan batu sanggup dijelajahi demi menggapai CINTAnya. Jika ia CINTA kepada isterinya, pasti ia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak bidadarinya dengan meletakkan syara’ dihadapan. Jika sesorang itu ingin berkahwin demi memenuhi CINTAnya, perlu kepada pengorbanan. Begitulah juga CINTA kepada Allah, ia memerlukan pengorbanan yang amat besar. CINTA merupakan sumber kekuatan manusia. Ia akan menghadapi segala kepayahan dengan mudah apabila hadirnya CINTA.

Oleh itu, janganlah kita menyalah tafsirkan perasaan cinta yang hadir. Sama-samalah kita memelihara ketinggian dan kesucian cinta. Jangan kita pisahkan pasangan CINTA daripadanya, yakni TAQWA, sunguh kita akan menjadi orang yang paling bahagia dan bertuah.

DEENWORKER,

SHAH ALAM.

SELANGOR.

Tuesday, November 16, 2010

ADAT DALAM BERJUANG

Alhamdulillah kita masih lagi dipertemukan di alam maya ini. Sudah agak lama saya menyepi kerana dalam proses mengumpul kekuatan. Alhamdulillah saya masih mampu membuat coretan diwaktu diambang final exam.

Sejak akhir-khir ini, banyak ujian yang diberikan olehnya kepada saya, anda bagaimana. Seperti ujian dan kuiz yang pensyarah bagi, fenomena ini normal bagi saya ketika diambang final exam. Malah yang lebih berat bagi saya ialah ujian apabila menghadapi fitnah, tambah-tambah itu timbul daripada golongan wanita. Agak tekanan juga dibuatnya. Banyak lagi ujian –ujian yang datang silih berganti.

Adakah anda pernah melaluinya?

Pasti anda pernah, perkara ini mahu tidak mahu perlu ditempuh. Bagi saya inilah sunah orang berjuang. Dalam konteks berjuang kerana agamanya dan ilmunya. Apabila saya muhasabah kembali, rasulullah yang maksum itu pun terlalu banyak ujian yang Allah berikan kepada baginda. Yang bagi saya jauh lebih hebat daripada ujian yang menimpa anda dan diri saya sendiri. Didalam sirah penghijrahan baginda dan para sahabat ke yathrib, baginda dan para sahabat dibaling oleh anak-anak batu daripada para remaja upahan orang-orang kafir pada waktu itu. Sehingga diceritakan didalam satu riwayat, betis baginda dipenuhi dengan luka-luka dan kasutnya dibanjiri dengan darah. Masyaallah sakitnya memang tidak tertanggung. itu rasulullah, apalagi kita.

Apa yang saya ingin bawa disini ialah, UJIAN ini adalah fitrah dalam kita berjuang. Contoh, berjuang dalam pelajaran, ada ujian yang wajib kita tempuh. Apatah lagi kita dalam keadaan sekarang ini berjuang membela tauhid, wajib ujian itu datang. Seperti ujian daripada rakan sebaya, masyarakat sekeliling dan lain-lain. Solusi jika tidak mahu diuji, ‘bercutilah’ kalian daripada membela tauhid. Tetapi adakah dengan tindakan seperti itu akan mencanpai redha Allah. Tidak sama sekali, pelu ditegaskan disini bahawa syurga itu manis dan maharnya ialah perjuangan yang pahit. Adakah kita fikir dengan kita “bercuti” daripada kerja-kerja mengajak manusia kepada kebaikan maka kita tidak diuji?bagi saya jawapannya tidak. Jadi amat rugilah bagi sesiapa yang diantara kita yang sedang bersama-sama didalam jalan kebaikan ini berhenti dek kerana tidak tahan dengan fitnah yang mendatang. Tidak cukupkah syurga sebagai maharnya bagi mereka yang berjuang? khususnya mereka yang memperjuangka agama Allah.

Tetapi kita juga manusia yang tidak maksum seperti rasullah. Jadi kita terlalu cepat mengalah, bagi saya apa yang kita perlu faham dan khadam ialah Allah akan menguji kita sesuai dengan tahap seseorang itu. Jadi kita perlu yakin pasti kita dapat menempuhnya. Bagi saya setelah puas mengadu dengan Allah, saya suka mendengar lagu daripada HIJJAZ tetang sunnah orang berjuang. Ini adalah fitrahnya, apabila kita berjuang, secara tidak langsung kita menempah susah.

BERJUANG MENEMPAH SUSAH.

MENANGGUNG DERITA MENONGKAH FITNAH.

ITULAH GELOMBANG HIDUP SAMUDERA DUKA.

SEORANG MUJAHID MEMBELA TAUHID.

DIPISAH IA BERKELADAK

DIBELENGGU IA UZLAHMENAGIH MIHNA’.

NAMUN JIWA TETAP MARA MEMBURU CINTA.

MEMBARA DEMI ALLAH DAN RASULNYA.

BERJUANG TAK PERNAH SENANG.

OMBAK DERITA TIADA HENTI.

TENANG RESAH SILIH BERGANTI.

ITULAH SUNNAH ORANG BERJUANG!!!

MALAMNYA BAGAI RAHIB MERINTIH SAYU.

DIHIRIS DOSA AIRMATA.

SIANGNYA BAGAI SINGA DIRIMBA.

MEMERAH KERINGAT MENCURAH TENAGA.

ITULAH SUNNAH ORANG BERJUNAG DI JALAN ALLAH!!

BERJUANG MEMANG PAHIT.

KERANA SYURGA ITU MANIS.

BUKAN SEDIKIT MAHAR YANG PERLU DIBAYAR.

BUKAN SEDIKIT PEDIH YANG DITAGIH.

BERJUANG ERTINYA TERKORBAN.

RELA TERHINA KERNA KEBENARAN.

ANTARA DUA JADI PILIHAN.

DUNIA YANG FANA’ ATAU SYURGA.

deenworker.

Kediaman Omar Abdullah.

KG, Pokok Tampang.

Tasik Gelugor, Penang.