Wednesday, September 15, 2010

KAWAN VS SAHABAT



Alhamdulillah kemeriahan Syawal masih terasa. Pada post kali ini saya ingin menekankan betapa perlunya seorang insan dengan orang disekelilingnya. Dengan kata lain betapa perlunya seseorang insan dengan sahabat disekelilingnya. Perlu ditekankan disini, perlunya kita kepada sahabat bukan kawan ya, tetapi sahabat. Jika bercakap tentang kawan, kita boleh mendapatkan ramai kawan dalam tempoh masa yang amat singkat. Sebagai contoh, kawan satu kelas, rakan sekerja, rakan sepermainan, dan rakan secourse. Tetapi jika anda mencari sahabat, amat sukar untuk ditemui, dan apabila anda telah bertemu dengannya. Sangat-sangat-sangat beruntunglah anda hidup didunia. Terasa manis bersamanya, itulah dia kemanisan ukuhuwwah.

Bagi saya, seorang sahabat terdiri daripada sekelompok manusia apabila kita bersamanya, merasai ketenangan dan kelazatan berukhuwwah hanya kerana Allah, dengan kata lain tiada kepentingan lain. Apabila kita bersamanya juga, kita dapat merasakan satu kekuatan yang dapat memelihara iman kita, seperti sahabat Rasullah yang merasa kuat (bermaksud kuat hubungan dengan Allah) apabila berdamping dengan rasulullah. Apabila melihat seorang sahabat, akan mengingatkan kita kepada Allah tuhan sekelian alam. Malah mereka (sahabat) ini amat peka terhadap kita dalam segenap sudut (termasuk tahap iman kita) dan mereka (sahabat) akan terguris hatinya apabila mendapat tahu yang kita melanggar larangan Allah dan tidak mengerjakan suruhannya. hati sahabat amat sensitif apabila mendapat tahu ada diantara kenalannya yang dahulunya bersama-sama dengannya mengejar redha Allah dan berusaha sedaya upaya menjadikan islam sebagai suatu cara hidup yang lengkap (way of life) kecundang dek kerana hasutan syaitan dan persekitaran jahiliyyah pada hari ini yang menyembelih iman kita. Gurauan sahabat bukan kerana ingin memalukan atau mengenakan kita, tetapi hanya untuk mewujudkan kemesraan diantara kita hanya kerana Allah, oh alangakah indahnya! Sahabat adalah mereka yang sedaya upaya meletakkan syara’ dihadapan dalam apa jua keadaan dan mengimpikan suatu hari nanti dunia ini dibawah payungan islam dan berusaha kearah itu. Apabila kita susah atau berada didalam kesempitan, sahabat orang yang pertama menghulurkan bantuan tanpa perlu dipinta. Mereka juga tidak lokek untuk menawarkan pertolongan hanya untuk mencari redha Allah.

Manakala seorang kawan hanyalah teman dikala kita senang dan akan meninggalkan kita apabila kita berada dalam keadaan susah. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya ini. Walauapun ada yang berkata kawannya baik dan beakhlaq serta tidak membuat perkara keji diatas. Perlu diketahui disini, bagi saya baik serta berkhlaq menurut kaca mata masyarakat belum cukup untuk menjadikan seseorang itu menggapai redha Allah. Bagi saya, mereka yang berakhlaq dengan akhlaq islam itu yang paling utama. Iaitu dengan sedaya upaya mengerjakan segala suruhan Allah dan menjauhi larangnnya. Apabila kita bersamanya, tidak mengingatkan kita kepada sang pencipta malah hati kita cenderung untuk melakukan dosa dek kerana iman telah tewas dengan nafsu. Mereka (kawan) tidak peka dengan keadaan iman kita, malah membiarkan kita larut dan terus hanyut dibawa oleh arus jahiliyyah yang amat deras pada hari ini.

Alhamdulillah saya bersyukur kerana telah dikurniakan sahabat (bukan kawan tapi sahabat) disekeliling saya(lebih dari seorang). Anda bagaimana? Jika belum berjumpa dengannya maka carilah, sungguh anda akan bahagia hidup di dunia. Jika anda pernah terjumpa dengannya (sahabat) suatu ketika dahulu tetapi sekarang tidak lagi, carilah ia kembali kerana anda berada dalam kerugian yang amat sangat. Sugguh! Dia (sahabat) sedang menunggu kehadiran anda. Jika anda telah berjumpa dengannya dan sedang mendampinginya ( keep close), maka anda amat beruntung kerana bukan senang untuk berjumpa dengannya (sahabat).

PEMANGKIN,

41050, SUBANG,

SELANGOR, MALAYSIA.

Friday, August 27, 2010

YOU WILL NEVER STAND ALONE


Alhamdulillah kita bertemu kembali di alam maya. Pada post kali ini saya ingin berkongsi sesuatu yang amat penting didalam kehidupan dan perkara ini juga boleh mengubah corak pemikiran kita.

Walau sehebat dan setinggi manapun kita, kita tidak akan mampu untuk survive jika kita hanya berseorangan. Manusia amat memerlukan orang disekelilingnya untuk mengingatkannnya apabila terleka, membantunya apabila diperlukan bantuan dan saling ingat memperingati. Oleh itu, mahu tidak mahu kita seharusnya hidup didalam kumpulan atau didalam perkataan arabnya disebut jamaah. Didalam kehidupan, manusia amat perlu kepadanya.

Kumpulan yang saya maksudkan adalah satu kumpalan yang sangat istimewa. Kumpalan yang dianggotai oleh mereka yang merasai kemanisan persaudaraan (ukhuwwah) kerana Allah, terdiri daripada ahlinya yang menghayati dan dan mengamalkan islam sebagai satu cara hidup yang lengkap didalam kehidupan mereka sehingga merasakan Allah begitu karib dengan mereka, kumpulan yang terdiri daripada ahli-ahlinya yang mengukirkan sebuah harapan yang menjulang tinggi agar suatu masa nanti dunia ini dinaungi di bawah payungan islam yang sebenarnya. Anggota-anggota kumpulan ini terdiri daripada mereka yang merindui Susana yang boleh menghidupkan hati, maka mereka ini berusaha keras agar kehidupan mereka dikelilingi oleh satu suasana yang unik dan baik (bi’ah solehah). Kumpulan ini juga terdiri daripada mereka yang mampu berkorban masa dan harta dalam menjalankan aktiviti yang meletakkan syara’ dihadapan. Anggota kumpulan ini menginginkan orentasi kehidupan difokuskan dengan ‘ubudiyyah kepada Allah.

Anggotanya juga berusaha sekerasnya-kerasnya mencontohi Generasi awal yang diproses dengan didikan oleh Madrasah Rasulullah. Generasi yang menjadi qudwah utama dalam mempraktikkan deen islam didalam kehidupan, mereka inilah generasi alquran yang unik.

Fitrah manusia memang memerlukan kumpulan untuk mereka bergerak. Jika kita kembali kepada sirah, adakah rasulullah menjalankan kerja islam seorang diri? Tidak sama sekali!..malah baginda adalah seorang arkitek mahupun engineer yang berjaya memproses dan membentuk manusia untuk bekerja bersama-sama beliau. Beliau mampu membentuk manusia seperti Saidina Umar yang terkenal dengan kekejamannya ketika zaman jahiliyyahnya sehingga menjadi salah seorang pendukung islam. Maka terbinanya satu jamaah islamiyah yang berfokuskan supaya setiap jiwa yang ada di atas muka bumi pada ketika itu disinari dengan cahaya hidayah Allah. Impaknya, islam telah Berjaya menaungi dua pertiga dunia pada zaman kegemilangannya. Adakah kerja-kerja ini mampu dipikul seorang diri? Tidak sama sekali.

Banyak kita lihat, tokoh-tokoh yang bergerak seorang diri tidak tahan lama diatas jalan dakwah, kerana jahiliyyah yang berada mengilingi kita terlalu pekat sehingga memerah iman kita dan menyebabkan iman kita sukar untuk bernafas. Andaikan jika kita berada didalam kumpulan, jika kita lemah, ada sahabat yang menguatkan kita, jika kita tersungkur, ada yang berusaha untuk menarik kita kembali dan jika kita tercicir diatas jalan ini, ada insan yang sanggup memimpin tangan kita kearah jalan yang diredhai allah. Maka lahirlah deen worker yang unik dan hebat. Lihatlah betapa perlunya kita duduk secara berjamaah.

Saya mengibaratkan mereka yang bersendirian ini seperti berlawan bola sepak dengan suatu kumpulan yang tekenal dengan kehebatannya, adakah logik orang tersebut akan menang. Cuba bayangkan, dialah yang perlu score goal, dialah juga yang perlu menahan bola agar tidak masuk ke gawangnya. Adalah satu kepastian yang akan berlaku, iaitu orang tersebut akan kalah dan membuat kerja yang sia-sia. Berbanding dengan bermain dalam satu pasukan yang kuat kerjasama diantara ahli pasukan dan berhadapan dengan pasukan lain terkenal dengan kehebatannya, kemungkinan besar pasukan tadi boleh mengalahkan pasukan hebat tersebut. Perlu diketahui bahawa jahiliyyah ini adalah suatu tarikan yang terlalu kuat yang hanya dapat ditumpaskan oleh kumpulan atau jamaah seperti kumpulan yang diproses oleh didikan rasulullah.

Oleh itu, bagi mereka yang belum berjumpa dengan kumpulan seperti ini, maka carilah, sesungguhnya anda akan temukan sesuatu yang amat bermakna lebih daripada dunia dan seisinya. Bagi mereka yang pernah bergerak dididalam kumpulan seperti ini, tetapi sudah ‘bersara’ di tengah jalan, maka saya merayu carilah ia kembali kerana anda berada dalam kerugian yang sangat besar. Bagi mereka yang sedang bergerak didalam kumpulan seperti ini dan merasai kemanisan duduk didalamnya, maka kekalkanlah kerana anda sedang menuju redha Allah.

Deenworker,

Kolej Teknologi Darulnaim,

16100, Pengkalan Chepa,

Kelantan, Malaysia.

Thursday, August 26, 2010

MY HEART


Assalamualaikum, pertama dan selamanya marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah swt tanpa rasa jemu. Kerana dengan izinnya, kita masih lagi diberi nikmat untuk bernafas dalam rangka untuk ber’ubudiyah atau memperhambakan diri hanya sanya kepada Allah dalam erti kata yang sebenar, kita masih diberikan oleh Allah dua nikmat yang terbesar, iaitu nikmat islam, nikmat iman dan Allah masih lagi membenarkan kita duduk didalam tarbiyyah islam, alangkah ruginya jika manusia terlepas daripada nikmat-nikmat tersebut, firman Allah “maka nikmat tuhanmu yang manakah telah kamu dustakan”surah Ar-rahman. Tidak lupa juga kepada junjungan mulia Muhammad Rasullullah, rasul dakwah juga rasul tarbiyyah, kerana baginda telah mengorbankan seluruh umur baginda, darah baginda, peluh baginda, dan harta baginda dalam menyampaikan islam kepada kita, masyaallah besarnya pengorbanan baginda kepada kita.

Pada pertemuan kali ini saya ingin membawa para pembaca sekalian menyelami satu ediologi yang hanya boleh difahami dengan menggunakan mata hati.

Pada era pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, ketika waktu maghrib, para muslimin sedang berjalan menuju masjid berdekatan bagi melaksanakan solat berjamaah. Pada senja itu bulan penuh, oleh itu, cahaya bulan menerangi setiap lorong di tanah naungan islam yang diberkati oleh Allah. Berdekatan dengan masjid, kelihatan seorang pemuda sedang mundar-mandir bagaikan mencari sesuatu. Seorang pemuda bernama Othman dalam lingkungan umur 20-an yang dalam perjalanan ke masjid bagi menunaikan solat berjamaah berselisih dan menegur sipemuda yang sedang mundar-mandir tersebut ”wahai saudaraku apa yang anta cari?” tanya Othman kepada pemuda tersebut. ”ana sedang mencari anak kunci ana yang hilang” jawab pemuda tersebut. ”semoga Allah menemukannya untuk anta wahai saudaraku” balas Othman dan meneruskan perjalanannya ke masjid.

Setelah para jamaah selesai mengerjakan solat dan berwirid, para muslimin beransur pulang ke rumah kediaman masing-masing. Begitu juga dengan Othman, sedang dia dalam perjalanan pulang, dia nampak sipemuda itu mundar-mandir di tempat yang sama. Lalu Othman menghampiri pemuda tersebut ”wahai saudaraku, anta belum menemui anak kuncimu, hilang di mana, boleh saya tolong mencarinya untuk anta?” tanya Othman ingin membantu. Pemuda tersebut memandang Othman ”anak kunciku hilang didalam rumah” jawab pemuda tersebut dengan bersahaja. Othman bingung, ”kalau begitu kenapa anta cari disini wahai saudaraku?” tanya Othman dengan nada sedikit terkejut. ”ini kerana di rumahku gelap, tetapi di kawasan ini terang dengan cahaya bulan, sebab itu ana mencarinya di sini.” jawab pemuda tersebut dengan nada bersahaja.

Para pembaca yang budiman sekalian, ediologi diatas sebenarnya amat senonim dengan realiti masyarakat pada hari ini.

’anak kunci’ yang hilang tersebut boleh dinisbahkan dengan hati kita. Pada era ini terlalu banyak hati-hati umat yang sedang sakit tenat, kerana tidak kembali kepada jalan kebenaran. Masyarakat hari ini cuba mengubati hati mereka yang tenat dengan bercinta dengan perempuan bukan mahram, pergi ke kelab-kelab malam, minum arak, berzina dan sebagainya. Ini adalah untuk membahagiakan hati mereka kononnya. Mereka sangka mereka gembira, mereka sangka hati mereka sudah terubat. sebenarnya tanggapan mereka tersasar jauh, sebenarnya mereka sedang meracuni hati mereka sendiri, membiarkan hati mereka bernanah dan semakin parah. Seperti si pemuda tadi, untuk apa dia mencari anak kuncinya di tempat lain sedangkan ia hilang di tempat yang berlainan, tidakkah kerja tersebut hanya sia-sia. Samalah juga dengan keadaan masyarakat pada hari ini. Sebagai contoh, orang yang sedang menderita demam panas, apabila melihat hujan turun dengan lebatnya dia pergi bermandi hujan dengan harapan demamnya akan sembuh. Mana mungkin demamnya akan sembuh, malah demam itu akan menjadi semakin teruk, bukankah sepatutnya dia pergi mencari ubat di hospital-hospital untuk merawat demamnya.

Pembaca yang budiman,

Samalah dengan hati kita, apabila seseorang itu ingin merawat hatinya sedang sakit dengan bercumbu-cumbuan dan sebagainya dengan harapan hatinya akan pulih adalah satu kesilapan besar. Allah berfirman ”dengan memperingati Allah hati akan menjadi tenang.”. ayat ini membuktikan, salah satu ubat bagi mengubati hati yang parah ialah dengan mengingati Allah dan mengenalinya. Insyaallah apabila seseorang itu melakukan perkara-perkara ini, sesungguhnya hati-hati mereka benar-benar sembuh.

Mengenali Allah dalam erti kata sebenar. Bukan hanya kenal Allah itu tuhan dan berhenti setakat itu sahaja. Tetapi mengenalinya dengan berta’aruf yang mendalam dengannya. Mengetahui dan melakukan suruhan dan larangan Allah. Mengindari kemurkaan Allah dan menagih keredhaan Allah. Membaca dan menghayati isi Alquran serta ajaran yang terkandung didalamnya.

Wednesday, August 25, 2010

THE HEART CHARGER


Setinggi-tinggi kesyukuran saya

panjatkan kepada Allah kerana sudah diberikan kekuatan olehnya untuk kembali berkarya di alam maya ini, setalah lama menyepi.

Saya ingin membawa anda dengan suatu benda yang sangat mudah dan sering mendampingi kita saban h

ari. Perkara ini telah dicetuskan oleh mentor saya iaitu Abang ‘Ali Irfan yang saya kasihi. Bagaimanakah telefon bimbit yang anda sayangi

itu berfungsi? Dengan adanya kuasa betteri bukan? Jika kuasa betterinya sudah ‘weak’, langsung tidak akan berfun

gsi sama sekali, tidak kiralah secanggih dan semahal manapun hand phone tersebut melainkan ia di cas semula.

Pembaca sekalian,

begitu jugalah dengan keadaan hati kita, walaupun setinggi dan sehebat manapun kedudukan kita di mata manusia, jika hati ini ‘weak’ pasti tidak akan berfungsi dengan erti kata cahaya hidayah tidak akan menembusinya. Maka charger bagi hati kita adalah pertemuan yang mengingatkan kita kepada yang ESA. Pertemuan yang tetap dalam lingkungan seminggu sekali. Charger hati yang dimaksudkan adalah pertemuan didalamnya membincangkan hakikat kejadian alam dan keagungan sang pencipta. Kadang-kadang istilah yang digunakan bagi pertemuan ini adalah usrah, halaqah, PESAT (di tempat saya belajar), liqo’, mentor mentee, dan bermacam-macam lagi istilah yang digunakan membawa erti yang sama.

saya menganggab pertemuan ini seperti charger bagi hati menunjukkan ia adalah satu pertemuan yang sangat penting bagi menjamin keberlangsungan fungsi hati. Sama juga seperti hand phone, charger merupakan suatu komponen yang wajib bagi memastikan ‘device’ itu berfungsi.

Saya mewajibkan diri saya untuk menghadiri pertemuan seperti ini seminggu sekali sekurang-kurangnya. Jika saya bercuti sekalipun (cuti semester) saya akan berusaha untuk mencarinya. Ini adalah kerana, ia merupakan sumber kekuatan bagi seorang insan. Ia merupakan nadi kehidupan yang diredhai Allah. Ini kerana dengan adanya pertemuan ini, kita akan lebih perform dalam segenap aspek kehidupan seperti belajar kita kehadapan, pengurusan diri dan masa kita cekap, hubungan dengan Allah terjamin, hubungan dengan manusia sekeliling kita akan terjaga dan terasa manisnya hubungan (ukhuwwah) tersebut, dan kita akan sentiasa bersemangat serta tenang pada minggu tersebut. Bagi saya, jika saya gagal untuk menghadirkan diri saya didalam pertemuan tersebut dalam tempoh seminggu, maka secara automatic jiwa saya akan lemah, study akan jatuh menjunam pada minggu tersebut, seakan-akan hilang tujuan tujuan hidup, dan hubungan dengan Allah apatah lagi. Kerana apa, kerana hati kita sudah ‘weak’ dan perlu di charge semula.

Oleh itu, kepada rakan-rakan pembaca yang saya kasihi, jika anda belum mempunyai pertemuan seperti ini maka carilah ia, pasti anda akan terasa manis dengannya. Jika anda pernah mengikuti pertemuan seperti dahulunya dan sekarang tidak lagi, maka carilah ia kembali kerana sungguh! Anda berada dalam kerugian yang besar. Jika anda mempunyai dan sedang mengikuti pertemuan seperti ini, commit lah dengannya kerana anda berada dalam suasana kehidupan yang dinamik.

Seorang hamba, DEENWORKER.

deenworker.blogspot.com,

Kolej Teknologi Darulnaim (KTD),

Pengkalan Chepa, Kelantan.

Monday, August 3, 2009

WHY DO WE READ ALQURAN












Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word? This is beautiful story, please read till end and forward to all you knows...


An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked,
"Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied,
"Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water."

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house.

The grandfather laughed and said,
"You'll have to move a little faster next time,"

He sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said,
"I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,"

He went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would Leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.

Out of breath, he said,
"See Grandpa, it's useless!"

"So you think it is useless?"

The old man said,
"Look at the basket."

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and outside. That is the work of Allah in our lives."

Moral of the story : Read Al-Quran frequently as it will purify our heart. When we have pure heart, it is easy to do righteous and leave jahiliyah and badness in ourselves.

Allah’s says in holy quran:-

Sunday, July 12, 2009

WE'LL TAKE


We’ll take our fights with them,

We’ll go as group to stop them,

We’ll return our slain rights (territories),

With all force we’ll push them out,

By the weapon of truth,

We’ll free the land of frees,

We’ll return the pureness of islam to al-quds,

After our weakness humiliation,

We’ll carry on bring down their fortresses,

With strong sound that will scare them,

We’ll erase our humiliation by our own hand,

With all force we’ll stop them,

We never accept a slain part of our land,

We’ll never leave out a bit of our land

for them to humiliate us with,

The earth will burst in flame and burn them,

In earth there volcanoes that are boiling,

With all force we’ll push them out!!!

Deenworker.blogspot.com

16100

Kelantan, Malaysia

Saturday, June 20, 2009

HATI YANG HIDUP


Alhamdulillah saya masih diberikan kesempatan untuk mencoretkan coretan yang saya sedari masih terlalu banyak kecatatan serta kelemahan dalam lapangan penulisan ini, tetapi ini tidak akan menjadi penghalang untuk menegakkan al-haq ( kebenaran ).

Pembaca yang budiman,

Pada post saya yang lalu kita telah membincangkan mengenai hati, hati manusia mempunyai tiga keadaan dan kita yang perlu memilih yang manakah keadaan hati kita idamkan.

HATI YANG HIDUP

Pemilik hati yang hidup adalah mereka yang sentiasa perihatin dan membuat medical check-up terhadap hati mereka. Pemilik hati-hati ini merasai kelazatan beribadah kepada Rabb sekalian alam pada masa yang sama ada hati-hati yang terasa berat untuk melaksanakan ibadah kepadanya. Ciri-ciri hati yang sihat adala mereka yang ringan untuk melakukan ibadah, seperti melakukan qiamullail di saat manusia lain asyik melayani mimpi dan ringan untuk melakukan kebaikan. Ciri-ciri hati seperti ini adalah mereka yang ringan melakukan kebaikan kerana Allah. Ciri yang berikutnya ialah, hati-hati ini mudah untuk meninggalkan larangan Allah dan langsung tidak terlintas untuk melakukan perkara tersebut. Sebagai contoh, para sahabat generasi alquran yang unik, ketika turunnya wahyu tentang wajib menutup aurat,

Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya* ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (surah Al-ahzab, ayat 59).

Jilbab adalah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala dan dada. Para sahabat, tanpa banyak soal hanya mendengar dan taat, para sahabat terus berlari pulang ke rumah bagi mendapatkan isteri-isteri dan anak-anak perempuan mereka, mereka ambil apa sahaja jenis kain bagi menutup aurat-aurat yang selama ini tidak perlu ditutup. Dalam riwayat yang lain mereka mengambil kain-kain termasuk kain langsir dan dibalut di atas kepala mereka. Pada waktu itu pemandangan di kota Makkah hitam seperti ribuan burung gagak, padahal itu adalah wanita-wanita solehah yang bakal menghuni syurga Allah.tidak ada seorangpun diantara mereka menyoal mengapa perlu menutup auarat. Ini adalah bukti hati yang hidup, mereka senang melakukan perintah-perintah Allah. Iman mereka yang kuat mengawal hawa nafsu mereka. Tetapi kita pada hari ini songsang, iaitu nafsu mengawa iman kita.

Mari kita lihat contoh kedua, sememangnya kita tahu masyarakat arab amat sinonim dengan arak, seolah-olah minuman arak dengan mereka tidak boleh dipisahkan seperti kuku dengan kulit. Setiap kali ada majlis keraian, majlis tersebut tidak sepumpurna jika tiadanya arak. Masyarakat arab ini juga menyifatkan bahawa dengan meminum arak itu adalah bukti seorang lelaki sejati.lihatlah bagaimana kuatnya pengaruh arak dalam kehidupan mereka. Tetapi apabila wahyu tentang pengharaman arak turun,

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya setan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).(surah Al-maidah ayat 90-91)
. Dalam satu riwayat menyatakan apabila turun sahaja ayat ini, seluruh tanah di bumi makkah itu menjadi basah dengan arak. Selesai sahaja Rasulullah membacakan ayat ini, para sahabat berlari pulang ke kediaman masing-masing dan memecahakan tempayan-tempayan yang penuh dengan arak. Ada sahabat yang lain sedang asyik meminum arak apabila sampai ayat ini ke ear drum mereka , dengan pantas membuang arak yang ada didalam mulut dan perut dengan memuntahkan arak yang ada. Lihatlah wahai saudaraku sekalian, betapa kuatnya iman sahabat Rasulullah. Mana mungkin seorang yang sedang asyik minum arak sanggup memuntahkan kembali arak yang telah diminum dan dipecahkan tempayan arak yang ada dirumahnya, tetapi inilah yang sahabat lakukan! Betapa hebatnya mereka, ini merupakan satu bukti yang nyata tentang orang-orang yang memiliki hati yang hidup. Ini juga menjadi satu tamparan bagi diri deenworker dan anda semua. Marilah sama-sama kita intropeksi diri bagaimanakah keadaan hati kita pada hari ini.

~deenworker~

(deenworker.blogspot.com)

40460, Shah ALam, Selangor.