Tuesday, September 6, 2011

TOP UP AKHIRAT ANDA


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Dikala mode aidilfitri masih dirasai saya ingin mengajak pembaca merenung suatu yang sangat penting, iaitu nilai dunia dibandingkan dengan nilai akhirat.

TOP UP!

Pernahkah anda berhadapan dengan satu situasi dimana anda ingin membuat suatu panggilan kecemasan yang sangat – sangat – sangat penting. Setelah anda menekan butang ‘calling’ tiba-tiba satu SMS singgah ke ‘inbox’ telefon bimbit anda “ sorry you have insufficient airtime balance.” Apakah perasaan anda ketika itu? Pasti kecewa bukan? hampa? Pasti anda akan segera ke kedai top up berdekatan untuk membeli top up agar panggilan PENTING dapat dibuat. Ini situasi di dunia saudara!

Bayangkan jika di saat ini anda berada di akhirat. Bayangkan di saat ini anda sedang berada di mahsyar di hisab oleh timbangan mizan (nama timbangan amalam di akhirat). Dengan penuh penantian ditemankan keadaan sekeliling yang dasyat dan cuaca yang panas terik dengan harapan seusai sahaja hisab, syurga akan menjadi destinasi seterusnya. Selepas selesainya hisab, tiba-tiba satu suara muncul “you have insufficient rewards (pahala) balance to entering heaven at this moment.”. Pasti menyesal dengan sesalan yang amat sangat. Perasaan yang tidak akan dapat digambarkan ketika itu. Ketika dipadang mahsyar tidak akan dapat top up pahala, sekali pun tidak! Walaupun hanya 1 sahaja pahala yang perlu dilengkapkan untuk menjadi ahli syurga Allah.

Dalam keadaan seperti itu kita ‘flashback’ kembali suasana kehidupan didunia yang setiap detik Allah berikan peluang yang seluas-luasnya untuk top up pahala walau apa keadaan sekalipun.

LUBUK PAHALA DI MANA-MANA!

Apalah maknanya nikmat dunia yang kita ada dalam konteks mahasiswa seperti laptop yag paling latest dan canggih, gadget yang berjenama, smart phone hebat, motosikal yang menawan, kereta yang diubahsuai sporty. Tetapi ianya langsung tidak menyumbang kepada pahala untuk menggapai redha Allah serta syurganya? Sungguh tiada apa-apa makna!

Tidakakah kita mengetahui bahawa dunia ini hanya pinjaman semata-mata yang tempohnya sangat singkat yang menjadi ladang untuk akhirat. Oleh itu, mengapakah dunia yang kita cari sedangakan ia pasti akan ditinggalkan pergi, sungguh! Tiada gun harta disisi ketika jasad terkaku mati. Jika ketika itu baru menyesal, amat rugilah kita untuk selama-lamanya.

Bayangkan, ketika kita masih berada diladang akhirat ini (dunia), top up pahala boleh dijana dimana-mana sehingga di dalam tandas sekalipun pahala terjana, masyallah pemurah Allah! Ayuh ketuklah dasar hati kita yang paling dalam agar sedar kegentingan untuk menjana pahala disaat ini, jangan tunggu di akhirat baru tersedar!, pasti tidak akan mungkin satu pahala pun anda dapat raih kerana ladang kita telah dituai.

Bayangkan kita dunia ini jika terputus bekalan sangat mudah dicari, jika terputus top up pahala (bekalan di akhirat) diakhirat pati tidak mungkin dapat dicari.

Oleh itu marilah sama-sama kita mempergunakan kehidupan didunia ini dengan sebaik-baiknya menurut acuan Allah, sungguh anda tidak akan menghadapi penyesalan. Gunakanlah setiap kelebihan, harta, ilmu, tenaga dan apa sahaja untuk menambahkan saham kita di sana nanti. Bagi saya jika ini menjadi perancangan anda disaat ini, sunnguh! Anda adalah sebaik-baik perancang masa depan yang gemilang. Marilah kita gunakan apa sahaja yang ada untuk meraih redha-nya, kerana itulah visi yang tertinggi bagi seorang mu’min.

Moga kita dapat merasai dan menyambut kemeriahan aidilfitri didunia dan akhirat. Bersatu didunia dan tetap berjumpa di syurga, masyaallah alangkah nikmatnya.

Bertindaklah sekarang sementara masa masih ada!

http://www.youtube.com/watch?v=_7VhcPgocvc

Deenworker.

Pengkalan Chepa, Kelantan.

4 comments:

  1. to Anonymous:-
    moga bermafaat.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, satu peringatan yang bagus.
    Namun, harus diingat kita masuk syurga adalah dengan rahmat Allah bukan dengan pahala, pahala hanya penentu syurga mana yang layak buat kita.
    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  3. -to anonymous-

    ya, sangat tepat! kita blh ambil 'ibrah (pengajaran) dari kisah seorang 'abit d mana dia ingin masuk ke dlm syurga dgn pahalanya sendiri bkn dgn rahmat Allah. Oleh itu, Allah hanya menimbang salah satu anggota badannya shj yg mana timbangan itu jauh lebih berat dr pahalanya, begitulah besarnya rahmat Allah.

    ReplyDelete